-->

Kenyataan Diana Danielle bercanggah dgn laporan p0lis? Farid Kamil d3dahkn di mhkamah.

Pelakon dan pengarah Farid Kamil mendakwa semua tuduhan yang dilemparkan oleh isterinya, Diana Danielle baru-baru ini di laman Insta Story adalah bercanggah dengan laporan polis yang dibuat sebelum ini.

“Kenyataan Diana yang dipaparkan bercanggah dengan laporan polis yang telah dibuat,”ujarnya menerusi hantaran Insta Story.

Bawa kes ke mahkamah

Malah, pelakon filem Anwar: The Untold Story turut menegaskan segala tuduhan dan fitnah dilemparkan oleh pelakon filem Imaginur itu hanyalah rekaan. Oleh itu, dia akan membawa segalanya ke dalam perbicaraan kes mereka nanti.

“Semua tuduhan dan fitna yang direka itu akan saya kemukakan dan akan diperdengarkan di mahkamah,”tulisnya.

Terdahulu, aktres berusia 32 tahun itu mendakwa Farid sudah tidak membayar nafkah selama empat bulan, malah turut berhutang dengannya.

Bukan itu sahaja, Farid dikatakan telah memungkiri janji untuk membayar semula semua kos mereka sewaktu pergi menunaikan umrah pada Februari lalu. Bagaimanapun, pengarah filem Remp-it 2 itu mampu membeli kereta baharu selain cincin kahwin yang sebelum ini hilang.

Dedah Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, anak keduanya iaitu Nur Aurora,8, mengalami trauma akibat tindakan Farid menengking dan memarahinya.

Pada 10 Mac lalu, Diana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam bagi memfailkan perceraian selain menyatakan berlakunya shiqaq berpanjangan antara dia dan suami.

Permohonan itu dibuat apabila Farid enggan melafazkan cerai terhadapnya.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Sumber: Instagram @faridkamilz, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.



LihatTutupKomentar