-->

Hidayah, anak terkena sihir sejak Abam Bocey meninggal dunia. Ini yang terjadi kepada anaknya



PELBAGAI dugaan dilalui, terbaharu balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah Mohd Ali dan anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berdepan gangguan mistik serta sihir.

Hidayah menerusi video di Instagram memohon bantuan daripada mana-mana pihak termasuk pakar perubatan Islam untuk mengubati masalah yang dihadapi dia dan anak tunggalnya.

Menurut Hidayah, mereka berdepan dengan masalah itu semenjak arwah suaminya meninggal pada Februari 2020 dan ia berlarutan sehingga kini.“Assalamualaikum semua, Dayah nak minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan Islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian / perawat mistik dan sihir yang boleh mengubati / merawat masalah yang Dayah serta Hamzah disihir dan ganguan mistik sejak arwah suami meninggal, berlarutan sehingga kini.

“Mohon kepada sesiapa yang boleh membantu boleh la menghubungi abang Dayah di talian 0133548178 En. Azmir,” kongsi Hidayah.

Rata-rata netizen mendoakan segala urusan Hidayah sekeluarga dipermudahkan selain turut berkongsi informasi mengenai perubatan Islam.

Untuk rekod, Abam dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang kini berusia dua tahun.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.

Selepas kematian Abam, timbul perbalahan antara Hidayah dan adik kepada arwah Abam iaitu pelawak Ali Puteh berkaitan tuntutan faraid.

Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.

Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, pada Februari lalu mahkamah memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000. – Gempak
LihatTutupKomentar