-->

“HancurHati melihatnya..” Bkal berlepas sebelum Raya, Ibu syamsul Iuah rasa kcewa Raya tnpa cucu. Sarah trpaksa buat keputusan ni

Ibu mentua kepada pelakon Puteri Sarah, Datin Patimah Ismail sentiasa menjadi individu yang tidak pernah putus memberi sokongan kepada menantunya itu. Sejak rumah tangga Sarah dan suami yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof mula dilanda masalah, Patimah sentiasa memberikan kata-kata semangat buat ibu kepada dua cahaya mata itu.

Menerusi Instagram Story Patimah, Puteri Sarah akan membawa anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah ke luar negara pada Hari Raya nanti. Berikutan daripada itu, hati Patimah ‘hancur’ apabila terpaksa melihat menantu dan cucu kesayangan harus membawa diri tatkala hari yang mulia nanti. Tambah Patimah, semua ini berlaku kerana perbuatan kejam ‘mereka’ yang didakwa telah meruntuhkan sesebuah rumah tangga.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam menetapkan 18 April ini untuk pengarah filem Munafik itu melafazkan cerai terhadap isteri, Puteri Sarah.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh tersebut selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian baik antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh terbabit yang mana ia akan direkodkan. Antara terma tersebut adalah hadanah atau hak jagaan anak, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian. Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah sah sebagai suami isteri pada pada Mac 2014. Pasangan itu dikurniakan

Semalam telah berlangsungnya sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP), antara pengarah Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah. Puteri Sarah juga menyatakan pada malam Ahad dia, Syamsul dan saksi lain sudah bertemu untuk berbincang dengan baik dan mereka bersetuju untuk berpisah secara baik dengan syarat yang dikenakan.

Peguam mewakili Puteri iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader juga berkata Syamsul Yusof akan melafazkan talak pada 18 April nanti. Pada tarikh itu juga, terma-terma lain seperti hadanah, nusyuz, mutaah, nafkah, eddah dan harta sepencarian akan turut dibincangkan. Terbaru! Ibu kepada pengarah itu, Datin Patimah memuat naik satu IG Story menunjukkan kata-kata yang berkait dengan situasi yang berlaku antara anaknya dengan menantu kesayangan, Sarah.

Kata-katanya itu turut disertakan dengan laju dari Flybaits bertajuk ‘Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta’. Titisan demi titisan, air mata ku jatuh berlinangan. Datin Patimah seolah sedih apabila Syamsul dan Sarah akan berpisah. Tapi kalau itu yang terbaik, kita kena terima jugakan. Semoga ibu Syamsul, ahli keluarga dan sesiapa saja dapat terima keputusan yang mereka buat ini demi kebaikan bersama.

SETELAH usaha untuk berdamai menemui kegagalan, pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akhirnya mencapai kata sepakat untuk bercerai secara balk. Peguam mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu pasangan itu bersemuka pada malam Ahad, beberapa jam sebelum perlu hadir ke mahkamah yang dijadual pada pagi Isnin bertujuan mengetahui keputusan rundingan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dibentuk sebelum ini.

Justeru, dalam pertemuan malam Ahad itu, mereka berdua sudah mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik. Dalam pada itu, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Isnin, kedua-dua pasangan tersebut hadir bagi urusan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas yang mendengar kes itu menetapkan 18 April 2023 ini bagi kedua-dua belch pihak merekodkan terma untuk mereka berpisah secara baik. Syamsul yang muncul di mahkamah kira-kira pukul 8.55 pagi kelihatan tenang ditemani peguam, Azmi Mohd Rais dan dua orang sepupunya.

Manakala Puteri Sarah hadir tepat pukul 9 pagi ditemani peguam dan adik perempuannya. Pada 24 Mac lalu, proses JKP yang berlangsung di Jabaran Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) gagal menemui jalan penyelesaian ekoran Puteri Sarah tetap mahu meneruskan penceraian.

Sumber : ohbulan



LihatTutupKomentar