-->

'Dia minta ganti rugi RM400K, tapi Yana enggan bayar sebab...' - Penerbit tampil bersuara mengenai kes Aliff tuntut ganti rugi RM400K



Susulan tularnya video ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri menuntut bayaran ganti rugi RM400,000 daripada pasangan selebriti yang didakwa memecahkan pasu bernilai RM400,000, saksi kejadian tampil menceritakan kejadian sebenar. 


Penerbit program raya terbitan stesen televisyen swasta, Alif Farhan berkata, kejadian itu sebenarnya berlaku di kediaman Aliff dua minggu yang lalu. 


"Rumah Datuk Aliff menjadi lokasi penggambaran program kami kerana sesuai dengan konsep yang ingin diterbitkan. Yana pula adalah hos program berkenaan.


"Ketika penggambaran sedang dijalankan, Yana tidak sengaja terlanggar sebuah pasu hiasan di ruang tamu Datuk Aliff. 


"Dia minta ganti rugi sebanyak RM400,000. Tetapi Yana enggan bayar sebab yakin bukan silapnya dan cuba diperangkap Datuk Aliff," katanya. 


Disebabkan kejadian itu, proses penggambaran program yang bakal disiarkan di channel Astro Warna pada musim perayaan nanti, tertangguh berikutan penggambaran masih belum selesai dan timbul permasalahan tersebut. 


Baca: 'Bayar ganti rugi atau tunggu surat lawyer saya!' - Aliff Syukri bengang pasu bernilai RM400K dipecahkan oleh Yana Samsudin


Terdahulu, Aliff menuntut bayaran ganti rugi RM400,000 bagi pasu yang dibeli dari China itu telah dipecahkan oleh Yana Samsudin. Bagaimanapun dalam video dimuat naik oleh Aliff menunjukkan dia bergelut dengan suami Yana, Fadzil Zahari. 


Menurut Fadzil, mereka tiada masalah untuk membayar ganti rugi yang dipinta tetapi tidak kesal dengan Aliff yang dikatakan telah menghina mereka. 


"Cakap elok-elok Datuk, jangan hina kami! Datuk nak kami bayar, kami boleh bayar tetapi jangan hina kami!" katanya. 



LihatTutupKomentar