-->

'Cakap dengan dia, jangan masuk campur' - Aaron Aziz beri peringatan kepada Sharnaaz Ahmad



Pelakon Aaron Aziz meminta Sharnaaz Ahmad 'berundur' dan tidak mencampuri halnya dengan pengarah Syamsul Yusof berhubung isu dibuang dari filem The Original Gangster. 


'Amaran' itu dibuat berikutan Sharnaaz sebelum ini ada memuat naik kenyataan di media sosial yang memberi sokongan penuh terhadap Syamsul. 


"Cakap dengan dia, jangan masuk campur," katanya memetik laporan dari Kosmo! Online, Rabu, 5 April 2023. 


Bukan sahaja Sharnaaz, malah Aaron turut memberi peringatan yang sama kepada mana-mana pelakon atau individu untuk tidak campur tangan dengan isu tersebut. 


"Kepada pelakon dan individu yang tak terlibat dengan produksi, jangan beri sebarang kenyataan atau masuk campur. Kalau nak masuk campur, jumpa saya dulu," katanya. 


@kosmoonline

Datuk Aaron Aziz mengingatkan pelakon Sharnaaz Ahmad tidak campur tangan dalam kemelutnya bersama Syamsul Yusof berkaitan penggugurannya daripada filem The Original Gangster.

♬ original sound - Kosmo!


Aaron sehingga ke hari ini masih kekal dengan pendiriannya untuk tidak lagi mengulas mengenai isu berkenaan seperti mana yang dinasihatkan oleh isterinya, Diyana Halik. 


"Isteri saya pun sudah pesan jangan beri sebarang kenyataan. Saya hormati permintaan isteri saya. Mungkin dia faham perangai saya macam mana," katanya.


Sumber: Kosmo! Online



LihatTutupKomentar