-->

'Bila dah ada problem, CEO Tenview jual nama saya & orang pun percaya' - Boy Iman ceritakan hal sebenar isu penipuan Horray X Fest



Baru-baru ini pelakon Boy Iman bersama tiga lagi rakannya yang lain ditahan polis kerana terbabit dalam kes penipuan penganjuran festival Horray X Fest Rayay di World Trade Centre, Kuala Lumpur. 


Dalam kenyataan awalnya, Boy Iman menafikan segala dakwaan tersebut dan menegaskan dia dianiaya serta meminta orang ramai mendoakannya. 


Hari ini, melalui Instagramnya, Boy Iman tampil memberi penjelasan penuh mengenai dakwaan tersebut. 


DAH JADI KES POLIS, BOY IMAN DEDAH SEGALA-GALANYA


"Tujuan saya buat video ini adalah untuk menerangkan perkara sebenar dan menyangkal dakwaan-dakwaan yang banyak menceritakan yang bukan-bukanlah tentang saya kononnya saya ini scammer la, saya ni mastermind la, saya tak berubah la, saya menipu duit vendor la dan sebagainya. 


"Saya harap dengan penjelasan dan kronologi ini, semua boleh faham mengenai apa yang telah berlaku. Sebelum ini saya tak boleh cerita sebab saya ini hanyalah pekerja. Jadi, saya perlu menghormati polisi syarikat dan dalam masa sama ada dua orang lebih tinggi daripada saya dalam carta organisasi iaitu CEO dan DM syarikat. Bila sudah menjadi kes mahkamah dan kes polis, bolehlah saya bercerita. 


"Saya bukanlah penganjur Horray X Fest, saya bukan dalam Board of Director (BoD) dan tuan syarikat. Sebaliknya saya hanyalah pekerja sahaja. Jadi bila cakap macam tu, akaun syarikat saya tak boleh sentuh, saya tak terlibat dalam urusan akaun syarikat. 


"Sebab semua orang, semua vendor buat transaksi ke akaun syarikat. Jadi yang ada akses kepada syarikat ada tiga orang iaitu dua Board of Director dan CEO Datuk Alif Hakim. Tapi tak guna panggil dia datuk, sebab itu semua tipu. 


POLIS BERITAHU CEO TAK ADA GELARAN DATUK


"Saya pergi berjumpa dengan pegawai penyiasat IPD Dang Wangi dan dia kata CEO itu tak ada gelaran Datuk dan gelaran yang digunakannya adalah tipu, dia bukan anak orang kaya. Apa yang dia ceritakan kepada saya dan kakitangan yang lain semuanya adalah tipu. 


"Maknanya dia bukan anak orang kaya, dia bukan duduk di penthouse, kondominium mewah, bapa dia bukanlah presiden persatuan mamak, semua benda-benda itu adalah tipu. Dan juga dia ada dua tiga rekod kes lah. 


"Perkara ini telah diperakui oleh bapa dia. Bapa dia pun telah menceritakan perkara sebenar yang anak dia memang anak rekod dua tiga kes dan yang paling besar adalah kes ini. 


IDEA PENGANJURAN HORRAY X FEST DARI CEO TENVIEW


"Jadi, asalnya idea penganjuran Horray X Fest ini adalah daripada dia. Konsep perniagaan, jenama Horray X Fest semuanya datang daripada dia. Saya telah dijemput oleh Encik Elmi (kenalan lama) sebagai funder untuk membantu dia. 


"Sebab Encik Elmi ini dah melabur duit, takut duit itu hangus dan ajak saya untuk membantu CEO ini kerana umur dia kan 23 tahun. Jadi dengan adanya orang macam saya 43 tahun yang ada ilmu tentang event, perniagaan, termasuklah pengalaman dalam bisnes, untuk membantu dan support dia. Dia tawarkan kerja kepada saya, jawatan dan gaji. Jadi saya pun terima dan bantu. 


"Mula-mula kita nak buat dekat KLCC Convention Centre, selepas itu ditukar ke PWTC. Jadi bila dah tukar, tugas saya sebagai Sales Marketing Director adalah untuk menjadikan event ini menarik. Maknanya siapa yang dijemput untuk datang, artis mana, macam mana susun atur floor plan, macam mana nak buat marketing dan sebagainya. 


BOY IMAN BUAT SALES MARKETING, BOD YANG CONTROL ACCOUNT COMPANY


"Tetapi duit syarikat bukanlah di bawah saya. Duit syarikat hanya ada seorang sahaja yang boleh bagi arahan iaitu CEO kepada kewangan (Dua BoD Tenview). 


"Itulah sebenarnya yang terjadi dan saya sangkal segala dakwaan, saya membantah sekeras-kerasnya cerita bahawa sayalah mastermind behind the scene untuk Horray X Fest ini. Bukan! 


"Saya memang buat kerja, saya memang lead sales and marketing tetapi GM lead management, CEO lead bahagian akaun. Saya telah menasihatkan beliau, kalau kita tak boleh buat, kita tunda kepada tarikh baru. Tetapi beliau degil, nak juga buat dan beliau buatlah benda itu. 


"Sampailah dah dekat tarikh, barulah dia nak bagi notis yang dia cancel event ini. Kalau korang kenal Aliff Akim ini, korang akan tahu macam mana confident level dia, dia punya kepoyoan, so kita yang bekerja ini kena ikut CEO. Kalau kita dah advice, dah cakap, tapi degil tak nak dengar, nak buat macam mana? 


BILA DAH KANTOI, CEO JUAL NAMA BOY IMAN UNTUK LEPASKAN DIRI


"Bila dia dah ada problem, dah kena henyak dengan vendor, NGO, polis, dia boleh tuduh saya behind the scene, mastermind dan dia pergi cerita dekat vendor, dia pergi cerita dekat polis dan itulah yang berlaku pada saya. Yang mana saya ini selebriti dan pernah ada rekod buruk dulu, lalu orang pun percayalah. 


"Orang cakap, 'Haaa, Boy Iman buat perangai balik'," katanya. 



Boy Iman berharap dengan video penjelasannya yang panjang lebar itu dapat membersihkan namanya yang sudah tercemar disebabkan CEO syarikat Tenview. 


Dalam pada itu, Boy Iman juga meminta orang ramai bersabar dan menunggu video 'part two' di mana dia akan menunjukkan dokumen bukti untuk menyokong kenyataannya. 


Sumber: Instagram Boy Iman



LihatTutupKomentar