-->

'Berlakon solat pun haram' - UAI & Peguam Syarie tegur content solat Noreen Iman & Aya Amiruddin



Bagi menghasilkan satu kandungan kreatif atau konten yang menarik perhatian umum, ramai yang menjadikan bahan lawak sebagai satu tarikan. 


Namun begitu, tidak semua perkara boleh dijadikan bahan lawak apatah lagi dipertontonkan pada umum. 


Baru-baru ini, pelakon dan juga pempengaruh TikTok, Noreen Iman dan Aya Amiruddin memuat naik satu konten yang menunjukkan realiti gelagat wanita menunaikan solat. Pelbagai gelagat yang ditunjukkan dari awal menunaikan solat sehinggalah akhir solat. 


Ada yang terhibur dengan konten yang dimuatnaik kerana rata-rata menganggap konten itu sama dengan situasi yang mereka hadapai apabila menunaikan solat dengan rakan-rakan.


@norreen143_ Bts “AKAK TERAWIH”. Tak tau lah dah ditransfer sampai ke alam mana ni 😂😂😂 @Aya Amiruddin #norreenbuathal #ayabikinkacau ♬ original sound - NORR33N


Namun begitu, seorang peguam syariah melalui ciapan di Twitter mengatakan perkara yang berkaitan ibadat yang dilakukan seperti itu hukumnya adalah haram.


"Ada benda kita boleh nak melawak tapi perkara berkaitan ibadat macam ni hukumnya haram.


Nabi S.A.W bersabda: "Celaka lah orang yang berbicara dia berdusta agar suatu kaum tertawa kerananya. Kecelakaan untuknya."(Abu Dawud). Nauzubillah.


"Kawan-kawan, Allah melarang kita menjadikan agama dan ibadat sebagai permainan dan hiburan. Rujuk surah Al-An'Am:70.


"Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan..."


"Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejek itu) tentu lah mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main. 


Katakanlah:"Patutkah nama Allah dan ayat-ayatnya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" -Surah At-Taubah:65.


Dalam satu ceramah Ustaz Azhar Idrus juga, Ustaz Azhar ada menyatakan fatwa mengatakan hukumnya haram jika melakonkan babak sembahyang. 


"Dalam drama, filem jangan berlakon sembahyang.Yang dibolehkan adalah bila mengajar budak-budak sembahyang. Tetapi, jika nak masukkan babak orang sembahyang, kena rakamkan orang tu betul-betul sembahyang.


"Nak jadi pengarah filem, majlis ilmu dulu kena hadir, baru jadi cantik filem kita," katanya.


Sumber: Muhamad Syarafi, Noreen, Ustaz Azhar Idrus



LihatTutupKomentar