-->

4 sekeluarga pengsan dalam kereta yang merempuh plaza tol, akibat kekurangan oksigen dalam badan



Empat sekeluarga yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta yang merempuh Plaza Tol Bentong, dipercayai mengalami kekurangan oksigen di dalam badan. 


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, empat sekeluarga itu dalam perjalanan ke Balakong, Selangor, dari Tok Bali, Kelantan sebelum merempuh plaza tol tersebut pada jam 2.40 petang. 


"Pegawai dan anggota polis yang menjalankan tugas rondaan Op Selamat 2023 di Lebuhraya Kuala Lumpur, Karak memberi bantuan awal kepada mangsa, dibantu anggota peronda lebuh raya, orang awam dan pihak pengurusan lebuh raya. 


"Mangsa seorang lelaki, seorang wanita dan dua kanak-kanak dikeluarkan dari kenderaan dan dirujuk kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut," katanya memetik laporan Harian Metro, Isnin, 24 April 2023. 







Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang dikenali sebagai Afiq, juga tampil memaklumkan keadaan keluarganya. 


"Keluarga saya selamat semuanya. Alhamdulillah. Dan sekarang mereka semua sudah sedarkan diri. 


"Punca mereka pengsan disebabkan keracunan oksigen econ. Ayah dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anggota-anggota dan sesiapa yang terlibat membantu keluarga saya. 


"Semoga Allah membalas kebaikan kalian," katanya.


Sumber: Harian Metro, Afiq



LihatTutupKomentar