-->

'2 hari dia baran tanpa sebab, Aurora disuruh tidur atas lantai' - Diana Danielle buka cerita sebenar tentang perangai Farid Kamil



Ahad, Melodi TV3 menyiarkan kenyataan pelakon Farid Kamil yang mempertikaikan tindakan isterinya memperbesarkan insiden petik cili membabitkan anak perempuan mereka, Aurora, sehingga dibawa ke mahkamah. 


Pada hari yang sama, Diana Danielle membidas kenyataan Farid dan menegaskan insiden petik cili  bukan punca utama dia memfailkan perceraian. Sebaliknya berhubung tanggungjawab. 


Hari ini, Diana memberi penjelasan panjang lebar melalui Instagramnya. 


CULAS BERI NAFKAH & BAYAR HUTANG


"Bulan ini sudah masuk empat bulan (Farid) tidak membayar nafkah. Trip ke Mekah, saya bayar untuk semua empat beranak. Saya tak harap pun dia bayar balik sebab dah biasa bila saya keluarkan duit untuk apa-apa. Selagi tak ingatkan, dia pun takkan ingat nak ganti balik. 


"Tetapi dia sendiri cakap akan cover balik cost flight dan hotel dia di Mekah. Malangnya sampai ke hari ini hanya tinggal kata-kata. 


"Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang tu) dan apa lagilah. Tapi nafkah dan hutang masih tergantung. 


TENGKING ANAK-ANAK DISEBABKAN HAL REMEH-TEMEH


"Dia nak tekankan kata insiden marah anak itu kecil saja. Saya nak tekankan di sini, dia dah mula tengking-tengking baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semuanya hal yang sangat remeh.


"Sampai ke esok pagi, dia masih menengking anak-anak atas sebab yang remeh. Sampai ke tengah hari, dia tengking saya sebab tak jumpa seluar dia. Petang dia tengking Aurora insiden Aurora petik cili.


"Dua hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dengan saya sebab dia sangat takut. Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik Babah malam tu sebab dia nak sambung 'ajar' anak. 


"Bila saya masuk bilik, anak saya tidur atas lantai depan pintu tandas, berlapik sejadah. Saya jadi terkejut. Sudahlah ditengking sepuas hati dari petang, dia tak bagi anak tidur dengan saya (yang biasanya rutin), disuruh tidur atas lantai. 


"Bila saya ambil Aurora masuk ke bilik kerana tak tahan tengok treatment anak macam tu, dia tolak saya berkali-kali halang saya ambil anak saya. Saya tetap berkeras untuk bawa anak masuk bilik saya kerana takut dengan apa lagi tindakan (dia) seterusnya. 


TERPAKSA CALL POLIS UNTUK MINTA BANTUAN


"Sebelum saya keluar daripada bilik, dia ugut lagi akan pukul anak eosk sebab saya tak bagi anak tidur atas lantai depan tandas. Emosi dia tidak stabil, saya tak pernah tengok dia seperti itu dan ia amat menakutkan. 


"Bilik itu pun tidak sesuai anak masuk. You (Farid) tahu kenapa bilik itu tak sepatutnya ada anak dalam tu. Jadi memang tak sesuai nak suruh anak tidur di dalam bilik itu, apatah lagi atas lantai," katanya. 


Tegas Diana, Aurora bukanlah sengaja melakukan kesalahan dan Farid sepatutnya mendidik anak dengan baik tanpa perlu melibatkan emosi. 


"Itu (kesilapan) pertama dia dan dia tidak tahu petik cili dianggap mencuri, bukan dia ada niat untuk mencuri," katanya. 


Diana mengakui dia bimbang melihat keadaan Farid yang gagal mengawal emosi menyebabkan dia terpaksa menghubungi polis untuk meminta bantuan. 


"Dengan keadaan dia yang tidak boleh mengawal emosi, saya terpaksa call polis untuk keluar daripada rumah sebab tak tahu apa lagi yang akan berlaku pada keesokan hari. Dia dah ugut nak sambung hukuman dan pukul Aurora. Cukup! Kalau dah dua hari itu pun tak berhenti baran tanpa sebab dekat anak. 


PANGGIL MEDIA UNTUK RAIH SIMPATI?


"Saya tahu dia tertekan bila saya minta cerai dua hari sebelum itu tetapi jangan babitkan anak! Kalau betul sayang pada anak, kenapa nak buang bin/binti anak? Kenapa suruh I failkan permohonan buang nama you dari surat beranak anak? Kenapa ugut kami macam tu? 


"You panggil Melodi datang ke rumah I, buat cerita sedih, tell half truths, you nak imply semuanya tak berasas. I never wanted to say anything, I never wanted to publicly tell my truth but since you insist to keep calling media and attention to garner sympathy, then you leave me no choice. We will continue the rest of it in court," katanya. 


Sumber: Instagram Diana Danielle



LihatTutupKomentar