-->

(Video) 'Kau lenjan GR Yaris macam kereta bapak kau!' - Pekerja Car Wash kantoi lenjan kereta customer


Selepas membaca laporan ini, anda mungkin akan berfikir dua kali sebelum meninggalkan kenderaan anda kepada pihak lain. Dalam kes ini, amanah yang diberi hanyalah untuk mencuci kereta, tetapi pekerjanya pula mengambil kesempatan untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi video rakaman dashcam yang menunjukkan kenderaannya jenis Toyota GR Yaris berharga RM300,000 itu telah 'dilenjan' oleh pekerja car wash di Bukit Jalil.

Difahamkan, pemilik menghantar kenderaannya kepada pihak berkenaan untuk dibasuh. Namun pekerjanya pula mengambil kesempatan untuk memandu uji kereta tersebut dan memandu secara berbahaya di kawasan tempat letak kereta.

"Tahniah Top 1 Car Detailing, Aurora Bukit Jalil, Car Wash. Suruh buat detailing, kau pergi lenjan GR Yaris macam kereta bapak engkau!" kata pemiliknya.

Berdasarkan video singkat itu, pekerja terbabit memandu dengan laju tanpa menghiraukan bonggol-bonggol kecil yang disediakan bagi menghalang pemandu memandu laju di kawasan tersebut.

Sedangkan kebanyakan pemandu akan memperlahankan kenderaan apabila melalui bonggol bagi mengelakkan bahagian tayar mengalami kerosakan.


"Apa gila babi macam ni punya lenjan. Kita bukan main cermat. Dia langgar bodo je bumper. Memang sial la," kata Aix.

"Boleh minta ganti rugi tak ni? Main lenjan dan langgar je bonggol. Takleh tinggal dah kereta kalau pergi basuh," kata Firdaus.

"Semacam langgar bonggol. Bodoh punya manusia, boleh kalahkan awek Han (Fast Furious) tak time lap dia?" kata Haiqal.

Sementara itu, semakan di laman Facebook kedai berkenaan mendapati, tiada sebarang kenyataan yang dibuat dan ruangan komen telah dihadkan susulan tularnya video dari pemilik kereta berkenaan.

Sumber: Malaysia Automotive Shitposting

LihatTutupKomentar