-->

Tuntut cerai untuk dapat harta? Ini kata sarah. Ramai Tk sangka latar belakang asal dari negara Eropah



Puteri Sarah Liyana menafikannya tindakannya untuk bercerai kerana ingin mendapatkan harta sepencarian bersama suaminya, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah menegaskan, anak-anak adalah keutamaan dan sepanjang tempoh ini dia bekerja keras menyara keluarga dengan pendapatan sendiri.

“Orang luar semua sudah dapat melihat bagaimana saya bekerja keras. Ini pun saya tidak cukup tidur kerana habis kerja penggambaran lambat malam tadi.

“Jadi takkanlah saya menuntut cerai semata-mata kerana harta. Apabila dia (Syamsul) memfailkan nusyuz, saya terus menuntut hadanah iaitu hak penjagaan anak-anak.

“Saya tidak menuntut harta pun sebaliknya saya menuntut hak penjagaan anak semata-mata. Jadi, anda boleh tahu apakah keutamaan dan nombor satu dalam hidup saya ketika ini.


“Ini kerana anak-anak sentiasa dengan saya dan tidak pernah berenggang,” katanya ketika ditemui di Pejabat Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, hari ini.

Sesi membabitkan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) antara Puteri Sarah dengan Syamsul yang berlangsung di Jawi, hari ini, gagal menemui penyelesaian.

Puteri Sarah menegaskan tiada apa yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya sudah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai. Puteri Sarah ditemani adiknya, Dr Puteri Sofea manakala Syamsul pula membawa sepupunya, Muhammad Nazri bagi proses rundingan JKP itu.


Pasti terkejut tahu latar belakang Puteri Sarah, rupanya asal dari negara Eropah. Isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof yang dikenali sebagai Puteri Sarah Liyana ini menjadi antara nama yang sering menjadi perhatian ramai sejak akhir-akhir ini.

Kisah rumahtangga pasangan selebriti ini menjadi bualan hangat ramai selepas suaminya, Syamsul Yusof akui sudah bernikah dengan isteri keduanya, Ira Kazar.

Biarpun sedang berada di saat ini, namun kecekalan Puteri Sarah berhadapan dengan semua kemelut rumahtangga tersebut membuatkan ramai kagum. Puteri Sarah yang juga seorang pelakon dan model nampaknya kembali aktif dalam kariernya itu.


Terkejut tahu latar belakang Puteri Sarah, rupanya asal dari negara Eropah. Ini antara latarbelakang dan biodata Puteri Sarah, seorang wanita bijak, cekal dan tabah.

Dilahirkan di London, England. Puteri Sarah Liyana dibesarkan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor. Puteri Sarah adalah seorang gadis berpendidikan dan memiliki ijazah dalam Pengurusan Hotel di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Selain itu, Puteri Sarah juga adalah anak sulung daripada empat adik-beradik dan mula berhijab sepenuhnya pada tahun 2013. Puteri Sarah dan Syamsul Yusof membina mahligai sejak 9 tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber : HM
LihatTutupKomentar