-->

“Tanya suami saya… doakan yg baik2…” – Ini jwpn Ezza Yusof bila ditanya status dirinya skrng.


Isteri kepada pelakon popular Remy Ishak, Ezza Yusof enggan mengulas lanjut dakwaan dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Kata Ezza, dia memohon doa terbaik dari kenalan dan peminat yang mengenalinya.

“Tanya kepada suami saya. Doakan yang baik-baik,” katanya ringkas ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Kekasih by The Melvins di Klang, Selangor, pada Khamis.

Terdahulu, perubahan bentuk badan Ezza yang kelihatan seakan-akan baby bump pada bahagian perut menjadi perhatian ramai.

Namun, Ezza menghormati permintaan suaminya dan meminta agar kenyataan tentang berita gembira terbabit dikongsikan sendiri oleh Remy.

Isteri Remy Ishak Tak Dapat Selindung ‘Baby Bump’? Netizen Terus Ucap Tahniah.
Bukan kali pertama, isteri kepada hero Malaya Remy Ishak iaitu Ezza Yusof, 39, menjadi bahan bualan netizen mengenai ‘baby bump’ yang dlihat sudah jelas kelihatan sekaligus mengukuhkan dakwaan wanita itu sudah berbadan dua.


Malah Ezza terus menjadi tumpuan selepas sekali lagi ramai yang mendakwa terdapat perubahan bahagian perut dalam sebuah videonya sedang memperagakan sepasang kasut jenama miliknya.

Mamun kali ini netizen bagai sudah pasti Ezza yang juga seorang usahawan itu sudah berbadan dua lalu ruangan komen di Instagram miliknya dipenuhi dengan ucapan tahniah.

“Oops mommy to be,” komen salah seorang pengikutnya.

“Alhamdulilah tahniah,” ucap salah seorang waega maya.

“Tahniah, perut nampak kecil sama macam saya perut tak nampak sangat even dah sarat,” kata salah seorang netizen.

“Semoga selamat (dipermudah) hingga bersalin,” doa salah seorang warga net.

Lebih mengukuhkan dakwaan itu apabila aktres popular, Fasha Sandha turut meninggalkan komen seperti memberi bayangan Ezza sedang berbadan dua.

“Sudah guna beg bersaiz besar. Petanda baik itu, nak kena isi macam-macam nanti (diikuti emoji botol susu bayi),” komennya.

Sekadar info, Remy dan Ezza bernikah pada 21 Ogos tahun lalu selepas lapan tahun bercinta dan saling mengenali hati budi.

Sumber : Gempak

LihatTutupKomentar