-->

Tak sangka Rupanya sebelum ni Puteri Sarah yang..


Pelakon , Puteri Sarah memberitahu dia agak terkejut apabila suaminya, Syamsul Yusof enggan ‘melepaskannya’ hari ini.

Berdamai belah sana mungkinlah

Ketika ditemu bual bersama OhBulan!, Sarah berkata dia tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘sinar’ yang diperkatakan oleh suaminya itu. Ujar Sarah, dia tidak mahu bersama Syamsul lagi.

Tak nak sebab benda itu sepatutnya buat sebelum ini. Kalau betul nak berdamai dan nak ada sinar, sampai sekarang tiada penjelasan lagi. Tiada permohonan maaf yang dia dah berkahwin di Siam.

Tiada penjelasan yang diberikan terhadap saya, keluarga saya dan mak bapa dia. Tiada langsung. Berdamai apa? Berdamai belah sana mungkinlah kot.

Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Pada prosiding itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak. Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

LihatTutupKomentar