-->

“Sampaikan kepada mereka ya Allah.. Kerana aku tak mampu..” Terlalu rindu.. Luahan Terbaru Farid Kamil undang sebak…

FARID KAMIL LUAH RASA RINDU: “SAMPAIKAN PADA MEREKA YA ALLAH KERANA AKU TIDAK MAMPU”

Menerusi perkongsian video di laman Instagram, pelakon Farid Kamil, 42, dilihat telah menggambarkan kerinduan yang mendalam pada keluarganya terutama dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

“Rindunya pada mereka Ya Allah… Sampaikan pada mereka Ya Allah kerana aku tidak mampu,” demikianlah tulis Farid.

Dalam video tersebut, memaparkan Farid bersama keluarga ke Tanah Suci Makkah, bulan lalu.

Sebelum ini, Farid dilaporkan dihalang daripada bertemu anak-anaknya selepas isu kemelut rumah tangganya dan isteri yang juga pelakon, Diana Danielle, 32, heboh diperkatakan, minggu lalu selepas Diana membuat permohonan cerai pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan diberikan dalam permohonannya ialah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, pelakon utama filem ‘Anwar, The Untold Story’ itu dilaporkan enggan melafazkan cerai terhadap Diana.Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP), esok (Selasa).

Untuk makluman, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.



LihatTutupKomentar