-->

Rider maut, motosikal terbabas & rempuh bucu belakang trak tunda di lorong kecemasan



Seorang lelaki maut selepas motosikal merempuh bahagian belakang sebuah trak tunda rosak di lorong kecemasan dalam kejadian di Kilometer 265.9, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan dengan susur keluar ke Bandar Ainsdale. 


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, mangsa berusia 33 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 


Siasatan awal mendapati, trak tunda Isuzu yang dikendalikan oleh seorang lelaki berusia 42 tahun rosak ketika menunda sebuah lori rosak di lorong kecemasan. 


Kira-kira jam 7 petang, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 datang dari arah Melaka menuju ke Bandar Baru Bangi, dipercayai hilang kawalan dan termasuk ke lorong kecemasan sebelum merempuh bahagian belakang bucu kanan trak tunda tersebut. 


Akibat dari rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kanan, muka dan kepala serta disahkan telah meninggal dunia. Mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dibedah siasat. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: Harian Metro



LihatTutupKomentar