-->

'Kalau PU/Da'i/Ustaz buat hal, takde pulak ustaz keluar statement apa-apa' - Elvina sound PU Syed pertikai ucapan tahniah orang ramai kepada Michelle Yeoh



Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, baru-baru ini memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Akademi Oscar ke-95, menerusi lakonannya dalam filem Everything All At Once.

Gembira dan bangga dengan pencapaian Michelle itu, ramai yang mengucapkan jutaan tahniah kepada beliau melalui akaun media sosial masing-masing, termasuk golongan selebriti tempatan.

Bagaimanapun, pendakwah bebas yang dikenali sebagai PU Syed, menyelar orang ramai yang meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Michelle yang dianggap tidak mendatangkan manfaat.

"Apa dibangga dengan anugerah Oscar? Membanggakan Malaysia? Apa yang perlu dibanggakan sangat tu? Kita tidak boleh berbangga dengan sesuatu yang tidak bermanafaat kepada urusan agama. Biarlah mereka nak berbangga dengan kejayaan itu, tidak kepada yang beriman!" katanya.

Kata-kata Syed itu mengundang pelbagai reaksi netizen termasuklah golongan selebriti yang tidak bersetuju dengannya.

"Kalau ucap tahniah pada pemenang pun salah di mata ustaz, susahlah ustaz oii! Takda apa pun yang nak dihairankan. Dah orang tu menang, kita ucaplah tahniah.

"Kalau para-para PU/DA'I/Ustaz buat hal, buat masalah, tak ada pulak ustaz nak keluarkan statement apa-apa. Tau pulak sonyap!" kata pelakon Elvina Mohammad yang mengakui jengkel dengan pendakwah berkenaan.



Ada netizen juga sependapat dengan Elvina di mana perkara itu tidak wajar dikaitkan dengan agama.

"Kenapa perlu dikaitkan dedngan agama? Tak faham. Bukan apa, tapi kita menumpang gembira pada beliau sebab beliau sudah membawa nama Malaysia ke luar negara. Bukannya dia gunakan agama untuk famouskan diri," kata Mel.

"Kalau semua warganegara macam PU ni, mampuslah negara kita. Melayu hanya bangga dengan Melayu, Cina dengan Cina, India dengan India," kata Nobody.

Sumber: Instagram Elvina Mohammad, Lobak Merah, Astro Gempak
LihatTutupKomentar