-->

'Rasanya kena elak post gambar/kapsyen macam ni' - Netizen beri teguran terhadap Nurul Shuhada



Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri semalam memuat naik gambar dirinya bersama lelaki lain dengan kapsyen yang mengundang perhatian netizen.

"Humairah, Umar, okay tak yang ini? Dua orang dah mata bulat, lepas ni mata sepet? Hehehe," katanya.

Difahamkan gambar tersebut diambil ketika Shuhada menjalani sesi photoshot. Shuhada turut mengatakan dia sekadar bergurau sahaja dengan kapsyen gambar itu.

Bagaimanapun, netizen menegur perbuatannya itu yang dianggap tidak kena pada masanya kerana kontroversi yang melanda rumah tangganya masih lagi panas. Bagi netizen, adalah lebih baik Shuhada mengambil tempoh bertenang daripada memuat apa-apa kenyataan di media sosial.

"Dalam edah, kena elakkan job dengan bukan mahram. Tiga bulan tak lama. Agama diutamakan," kata PKEP

"Kalau boleh, elakkan letak caption begini Shu, takut ada yang tak puas hati terus hentam awak nanti," kata Alkhaireed.

"Rasa kena elak kot post gambar macam ni. Jaga masih dalam edah. Walaupun kerja, tetapi mendatangkan fitnah, tak elok," kata Qimahz.

Teguran itu membuatkan beberapa netizen lain berasa kurang senang dan memintanya usah terlalu serius kerana Shuhada hanya sekadar bergurau.

"Dulu Shu diam pun orang cakap Shu merentan. So apa beza? Dah move on kan? Jangan semua benda nak ambil serius," kata netizen lain.

Sumber: Instagram Nurul Shuhada
LihatTutupKomentar