-->

'Sah ke solat pakai 'kanopi'?' - Netizen soal Dato' Seri Vida



Ramadan sudah menjelma. Bulan baik dan penuh keberkatan ini, ramai yang berlumba-lumba untuk mempertingkatkan amal ibadah. Tidak kurang juga persiapan selebriti atau artis menjadi tumpuan netizen.


Pengasas kosmetik terkenal, Dato Seri Vida tidak ketinggalan juga untuk menitipkan ucapan buat pengikut-pengikutnya di media sosial. Sambil mengenakan telekung, Vida mengharapkan agar Ramadan kali ini dapat dirasai nikmat kemanisan dalam beribadah. 


“Assalamualaikum, salam Ramadan daripada saya. Semoga ibadah kita diterima Allah, diangkatkan darjat, diampunkan segala dosa, diberikan kesihatan yang baik serta perlindungan dan hidayah dan juga kebahagiaan di dunia dan akhirat,” katanya. 



Walaubagaimanapun, babak yang dirakam di Masjid Wilayah Persekutuan itu, disindir netizen gara-gara pemakaian telekung yang bersaiz sangat besar dan meleret.


Netizen mengatakan telekung itu sangat sesuai dipakai ketika musim PKP kerana jemaah yang lain dapat membuat penjarakan sosial. 


“Tak selesa la telekung macam tu, susah nak berdiri, susah nak berjalan,,” kata Bestierulen


“Saf belakang sujud, bila bangun dari sujud, dah masuk alam lain,” komen Lukman_shakeimi.




Sumber: Instagram Dato' Seri Vida

LihatTutupKomentar