-->

Isteri diceraikan suami kerana enggan ajak abang iparnya berbuka puasa bersama di hari pertama Ramadan



Hanya kerana tidak menjemput abang ipar untuk berbuka puasa bersama di hari pertama Ramadan, seorang wanita diceraikan oleh suaminya.

Menurut wanita berkenaan, suaminya bukan sahaja tidak menjaga privasi rumah tangga mereka, malah lelaki itu mudah terpengaruh dengan abang iparnya yang menjadi punca perpisahan mereka.

Difahamkan, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga sejak tujuh tahun lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki dan dua anak perempuan.

Wanita itu bimbang jika suaminya terpengaruh dengan sikap abangnya selalu berkahwin dan bercerai, serta melakukan perkara yang sama.

Suaminya juga sering berkongsi mengenai perihal rumah tangga, termasuk hal kewangan keluarga kepada abang iparnya, membuatkan dia berasa tiada lagi privasi dalam keluarga mereka.

Lebih teruk lagi, suaminya juga tidak berupaya membuat keputusan sendiri tanpa bantuan abangnya.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila suaminya bertegas mahu abangnya bersama isteri baharu menyertai mereka berbuka puasa di hari pertama Ramaadn.

Wanita itu menolak dan menegaskan mereka patut menghabiskan masa bersama dengan anak-anak. Tetapi suaminya tidak bersetuju dan memaksa isterinya untuk bersetuju menjemput abangnya bersama.

Bagaimanapun, wanita berkenaan ingkar dengan arahan suaminya menyebabkan lelaki itu menghalaunya keluar daripada rumah dan menyuruh dia pulang ke rumah keluarga sebelum memaklumkan mahu menceraikannya.

Selepas tiga minggu kemudian, ibu kepada tiga anak itu menerima surat cerai dan kes itu dipanjangkan ke mahkamah bagi menuntut haknya termasuk hak penjagaan anak.

Sumber: Gulf News, Harian Metro
LihatTutupKomentar