-->

“Giglt jari lah laki dia..risau giIaTalak pula..” Perubahan Shuhada buat ramai trkejut, Skali komen individu ini jadi perhatian

Ramai tergamam melihat transformasi Nurul Shuhada Mat Shukri, isteri kepada Hafidz Roshdi yang kini sudah turun berat badan dan ramping. Satu video dimuat naik di TkTok meraih perhatian ramai mempamerkan Shuhada yang mesra dipanggil Shu berjalan dengan seorang wanita.

Badannya yang langsing dan paha yang kecil itu membuatkan ramai netizen terkejut melihat ‘comeback‘ Shu selepas apa yang berlaku dalam rumah tangganya. Menerusi komen rata-ratanya berkata Shu sebenarnya cantik namun tidak dihargai dan tidak dijaga dengan baik oleh orang yang disayanginya.

Ruangan komen dipenuhi dengan reaksi netizen yang menyindir suaminya bakal menyesal ‘gigit jari’ selepas melihat perubahan pada Shu. Dalam pada itu, segelintir individu sempat menegur dan menasihati Shu untuk memakai pakaian yang lebih longgar meskipun kini badannya sudah ramping.

Difahamkan, Shu sudah mengamalkan satu produk minuman menurunkan berat badan dan telah dipanggil untuk photoshoot mempromosikan jenama tersebut. ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memberitahu anak sulungnya iaitu Humairah perlu mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis selepas mula menunjukkan beberapa perubahan pada diri.

Kata Shuhada, 29, konflik rumah tangga yang berlaku antara dia dan Hafidz sebelum ini memberi kesan kepada kanak-kanak berusia enam tahun itu yang sudah mula mengetahui cerita sebenar. “Sebelum ini Humairah seorang yang ceria dan yakin diri. Namun disebabkan apa yang berlaku dia mula berubah. Saya boleh lihat dari matanya ada perasaan sedih.

“Saya mula sedar perubahan ini sebelum Hafidz Iafaz cerai lagi sebab Humairah tahu bapanya ada orang lain. Walaupun masih kecil dia banyak mempersoalkan apa yang berlaku antara kami.
“Kemudian saya lihat keadaannya semakin serius di mana dia mula mahukan perhatian lebih seperti bayi sedangkan Humairah anak sulung.

Dari situ saya mula bawa dia untuk dapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. Sebelum itu, Shuhada turut berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya.

 

 

Dalam pada itu, Shuhada memberitahu doktor menasihatinya supaya tidak terlalu bercerita mengenai kemelut rumah tangga dengan anak-anak dan menggalakkan membawa mereka melakukan aktiviti digemari.

“Selepas apa yang berlalu setiap malam saya akan minta maaf kepada anak-anak. Beritahu mereka bahawa Allah Maha Baik untuk ujian ini. “Doktor juga minta saya lakukan perkara yang membuat anak-anak gembira. Kalau boleh elakkan bercakap tentang apa yang berlaku walaupun dia tahu,” ujarnya.

Sumber : Beautifulnara



LihatTutupKomentar