-->

'Lu dengan family mesti mati' - Pengarah filem Mentega Terbang diugut bunuh, kereta disimbah cat



Baru-baru ini filem Mentega Terbang arahan Khairi Anwar mengundang kontroversi apabila ada dakwaan mengatakan filem tersebut menghina Islam. Filem tersebut dikatakan telah menghina Islam apabila terdapat dialog yang memaparkan watak individu beragama Islam cuba mendalami agama lain.

Difahamkan, pihak Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah meneliti dan mendapati terdapat pententangan jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia melalui filem tersebut.

Belum reda kontroversi itu, Khairi Anwar mendakwa beliau telah menerima nota ugutan yang ditinggalkan di rumahnya. Selain itu, keretanya juga disimbah dengan cat merah dan hitam.





“Lu dengan family mesti mati,” tulis nota itu.

Antara lain nota yang berbunyi: “Islam pasti bangkit!”, “Mentega Terbang, jangan cabar Islam,” “Ingat family selamat, Mentega Terbang?” dan “Tengok Lu punya langsi Mentega Terbang.”

Berikutan itu, Khairi membuat satu laporan polis.

“Saya menerima panggilan daripada pihak pengurusan kediaman bahawa kenderaan milik saya telah dibaling cat merah dan hitam.

Bukan sahaja Khairi yang menerima ugutan tersebut, malah krew yang bekerja bersamanya juga menerima nasib yang sama.

“Untuk makluman, skrew saya bernama Arjun A/L Thanaraju juga disimbah cat dan asid. Tujuan laporan dibuat bimbangkan keselamatan diri saya serta keluarga di kemudian hari,” tulisnya.

Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil mengecam tindakan itu dan menyeru kepada rakyat Malaysia agar mematuhi undang-undang dan peraturan.

“Saya kecam sekeras-kerasnya ugutan ini serta sebarang tindakan di luar batas undang-undang.

“Rakyat Malaysia mesti patuh undang-undang, jangan ambil tindakan yang boleh merosakkan harta benda, dan mengancam nyawa.

“Follow the law, don’t take matters into your own hands,” tulisnya.

Saya kecam sekeras2nya ugutan2 ini serta sebarang tindakan di luar batas undang2.

Rakyat Malaysia mesti patuh undang2, jangan ambil tindakan yang boleh merosakkan harta benda, mengancam nyawa.

Follow the law, don’t take matters into your own hands. https://t.co/8gmq4ZZyoJ— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) March 16, 2023

Sumber: Hadi Azmi, MalaysiaKini, Mashable SE Asia, Fahmi Fadzil
LihatTutupKomentar