-->

'Ini dah melampau & memalukan saya!' - Nadia selar ahli perniagaan tengkingnya di khalayak ramai, sedangkan dia tak kenal pun wanita itu



Tindakan seorang ahli perniagaan yang menengking pelakon wanita semasa berada di karnival jualan Starvendors, Johor Bahru, dalam video yang tular di media sosial, mengundang rasa bengang pelakon berkenaan.

Nadia Brian berkata, perbuatan ahli perniagaan yang juga influencer di TikTok itu telah memalukan dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai.

@nadia.brian This is too much!!! Amb video content tanpa persetujuan saya! Tengking2 saya tanya kenal dia tak, saya tak kenal! Ini memalukan saya, apa jenis content ni! Sy akan ambil tindakan! Sebab awk ada duit, awk boleh nak buat content macam ni? Gunakan maruah orang dengan PERCUMA! Saya datang sana untuk berniaga, mencari rezeki! Bukan dengan cara macam ni! Jangan menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri walaupun banyak mana pun duit kita. Tak perlu lakukan mcm ni walaupun sekadar CONTENT! #NadiaBrian #Stsrvendors ♬ Swear By It - Chris Alan Lee

"Ini sudah melampau! Ambil video dan buat content tanpa persetujuan saya. Tengking-tengking saya tanya kenal dia tak, saya tak kenal! Ini memalukan saya. Apa jenis content ni? Saya akan ambil tindakan!" tegasnya.

Nadia turut mempersoalkan, apakah disebabkan ahli perniagaan itu mempunyai wang yang banyak terus terlupa akan cara yang beradab untuk membuat content menggunakan cara yang betul.

"Sebab awak ada duit, awak bole hbuat content macam ni? Gunakan maruah orang dengan percuma! Saya datang sana untuk berniaga, mencari rezeki! Bukan dengan cara macam ni!

"Jangan menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri walau banyak mana pun duit kita. Tka perlu lakukan macam ni walaupun sekadar content!" katanya.

Di ruangan komen, majoriti netizen bersetuju Nadia mengambil tindakan terhadap ahli perniagaan itu sebagai pengajaran kepada influncer lain agar tidak mengulangi perbuatan seumpama itu.

"Tengok video pun malu, apatah lagi yang kena tengking macam tu. Jatuh air muka woo," kata Animnaim.

Menyedari dirinya menjadi bahan kecaman di media sosial, ahli perniagaan berkenaan tampil memohon maaf kepada Nadia.

"Kepada Nadia, kalau pasal video yang madam upload di TikTok itu, kalau benda itu memalukan Nadia, Madam minta maaf.

"Jauh di sudut hati Madam tak ada niat nak memalukan Nadia sebab Madam pun peminat Nadia, dengan lakonan Nadia yang sangat menghidupkan watak dan bila dapat nampak Nadia di depan mata, yang begitu cantik, jadi Madam sangat teruja.

"Madam tak tahu pula budak content creator Madam ambil video dan tiba-tiba video itu viral. Baru tadi Madam nampak dan itupun setelah diberitahu oleh staf.

"Jadi Madam minta maaf sangat kalau benda itu menyinggung hati you. Maafkan Madam. Jauh di hati Madam, tak ada niat pun nak memalukan sesiapa," jelasnya.

@mariyahholdings Replying to @ashasbeauty madam minta maaf . kalau ada masa datang lah ke kilang madam , MAAF KALAU SALAH SEBUT NAMA NADIA @Nadia Brian Goldring #fyp #fypシ #foryoupage #fypシ゚viral #tiktokmalaysia #mariyahholdings #johordarultakzim🔴🔵 #kilangjahitpukal #soundtegak #hashtag ♬ Dj no Coment Di Putusin Pacarmu Di Tingal (Acoustic) - Onel1443

Sumber: TikTok Nadia Brian, TIkTok Mariyah Holdings
LihatTutupKomentar