-->

Cara Semak Dan Kemaskini PTPTN Secara Online

cara semak dan kemaskini ptptn secara online

Memetik laporan daripada BH online pada 16 Julai 2018 bertajuk "Tempoh 9 hari peminjam kemas kini data peribadi-PTPTN", akhirnya berita baik yang ditunggu-tunggu buat rakyat malaysia khasnya peminjam PTPTN untuk membuat penangguhan bayaran balik pinjaman akan terlaksana. 

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diberi tempoh sehingga 25 Julai ini untuk mengemas kini data peribadi, terutama dari segi maklumat pendapatan mereka. Tangguhan bayaran balik pinjaman ini hanya layak untuk peminjam yang berpendapatan RM4,000 sebulan dan ke bawah. 

Sekiranya peminjam gagal untuk mengemaskini data peribadi, pihak PTPTN beanggapan bahawa mereka tidak berhasrat untuk memohon penangguhan pembayaran balik.

Selanjutnya, berikut merupakan cara terbaru untuk membuat kemas kini maklumat pendapatan peminjam bagi yang ingin memohon penangguhan bayaran balik pinjaman. 

Cara Semak Dan Kemaskini PTPTN Secara Online

Langkah mengemas kini maklumat pendapatan PTPTN (step by step)

  1. Sila klik pada pautan ini: https://www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/
  2. Selepas masuk pada pautan tersebut, anda perlu memasukkan no. IC dan no. peminjam ptptn anda. (sekiranya anda tidak mengetahui no. peminjam anda, sila hubungi call centre atau pun direct whatsapp no berikut: no. staff PTPTN).
  3. Kemudian, sila isi dengan lengkap maklumat perhubungan peminjam dan maklumat pekerjaan.
  4. Setelah siap, tekan butang hantar, cetak maklumat untuk simpanan dan selesai.
Cara Semak Dan Kemaskini PTPTN Secara Online

Cara Semak Dan Kemaskini PTPTN Secara Online

Sekiranya anda tidak berjaya masuk ke laman portal PTPTN, anda boleh terus menghubungi talian hotline di 03-2193 3000.

Selamat mengemaskini dan semoga permohonan anda berjaya..Aamiin
LihatTutupKomentar