-->

‘Saya bukan orang kaya’ – Owner kereta sedih, side mirror dipatahkan ketika parking di PPR

Masalah parkir di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) tidak pernah selesai. Sehingga ada yang terpaksa parkir kenderaan mereka di zon larangan. Keadaan bertambah buruk apabila ada individu bertindak merosakkan kenderaan yang menghalang laluan.

Itulah yang berlaku pada seorang individu bernama Jan Sa’ari ini, di mana cermin sisi kenderaannya, Perodua Kancil, patah angkara perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.

Puas cari parking, tapi tak ada

“Saya bukanlah orang kaya. Saya hanya ada kereta buruk, Perodua Kancil, menumpang di rumah kakak di PPR Lembah Subang 2, selepas kematian mak saya dua minggu lalu. Jadi, saya orang baru di situ.

“Malam tadi, puas saya mencari parking dan terpaksa parking di tepi simpang tiga. Side mirror saya lipat dan handbrake saya turunkan. Kalau kereta saya menganggu lalu lintas, mereka boleh tolak kereta saya ke depan,” katanya.

Terima nota amaran pertama

Namun, sekembalinya ke tempat parkir tersebut buat kali kedua. Dia mendapati ada satu nota diletakkan di kenderaannya yang bertulis, “Lain kali jngan parking kat sini. Kalau sayang kereta, kalau orang tak parking.. awak pun jangan pandai-pandai park kat sini. Amaran pertama”.

“Pagi tadi sebelum masuk kerja, saya nak alihkan kereta. Tetapi parking masih penuh. Dan saya terus masuk kerja.

“Tadi pukul 10 pagi, saya turun dengan niat di hati, nak alihkan kereta. Tengok-tengok keadaan kereta dah macam ni.

“Kalau saya salah, mungkin boleh tolerate dengan cara lain. Beritahu dalam group WhatsApp PPR Lembah Subang. Dalam tu ada kakak, abang ipar dan jiran kampung saya.

“Apa patut saya buat ye? Kereta inilah saya gunakan unttuk ulang alik, bawa mak ke hospital sampailah dia pergi,” katanya.

Jenayah rosakkan harta benda orang lain

Bagi netizen, apa yang dilakukan oleh pelaku sebenarnya adalah satu perbuatan jenayah dan Jan seharusnya membuat laporan polis agar pelaku dikenakan tindakan undang-undang.

“Ini dah kira ugutan. Amaran apanya kalau da sampai merosakkan harta benda orang lain?” kata Mierul.

Walaupun begitu, ada yang menasihatkannya untuk redha dengan apa yang berlaku.

“Sekarang ni, orang dah tak boleh telorate dengan orang-orang yang parking merata-rata. Jadi, kena redha saja la,” kata Zet.

The post ‘Saya bukan orang kaya’ – Owner kereta sedih, side mirror dipatahkan ketika parking di PPR appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar