-->

Puteri Sarah dianugerahkan ikon ibu tunggal

Memberikan impak dan mesej positif kepada masyarakat di luar sana, selebriti Puteri Sarah Liyana dianugerahkan ikon ibu tunggal dalam anugerah khas semasa Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHanna baru-baru ini.

Menerusi satu laporan, pengasas dan pengarah MommyHanna, Hana Shahadan berkata, kandungan dihasilkan ibu anak dua itu telah menjadi tular dengan mendapat jutaan tontonan malah banyak memberi impak baik daripada segi kekeluargaan.

Sumber foto: Malaysia Gazette

“Puteri Sarah mengajar dan memberi nasihat bagaimana seorang ibu sangat menyayangi anak-anaknya apabila menyumbang kepada peningkatan tahap kredibiliti dan pengukuhan jenama syarikat.

“Kandungan viral dihasilkannya menyebabkan kami rasa tersentuh dan ingin memberikan anugerah khusus kepada mereka kerana membantu MommyHana daripada segi kandungan dan pemasaran,” katanya.

Pada majlis sama, pelakon Nad Zainal dan suami, Ungku Ismail turut mendapat pengiktirafan khas.

Pemilihan pasangan itu pula kata Hana kerana mereka banyak membantu syarikat daripada segi kandungan yang meraih tontonan keseluruhan sebanyak 10 juta selain turut memberikan impak dan mesej baik kepada masyarakat.

Kini, jenama tempatan MommyHanna yang menyediakan pelbagai kelengkapan anak-anak sudah mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa. Terkini, jenama berkenaan memilih dua kanak-kanak terkenal sebagai duta produk iaitu Rania Amanda dan Bang Aji.

Sumber: Malaysia Gazette

The post Puteri Sarah dianugerahkan ikon ibu tunggal appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar