-->

Pesara guru diperintah bayar balik gaji RM21.6K sebab terlebih kerja 2 tahun dari umur pencen

Asniati, 60, seorang guru pra-sekolah di Daerah Muaro Jambi, (Indonesia) kini berada dalam kesusahan apabila dia diperintah untuk mengembalikan wang sebanyak Rp 75 juta (RM21.6K) kepada kerajaan. Ini kerana Asniati sepatutnya sudah bersara, namun masih lagi aktif mengajar selama dua tahun.

Lapor portal Detik, Asniati sepatutnya bersara pada usia 58 tahun. Tetapi dia masih lagi mengajar sehingga usia 60 tahun.

Jelasnya, Badan Pengurusan Kewangan dan Aset Daerah (BKPAD) meminta dia mengembalikan wang yang terlebih bayar. Tetapi, Asniati tidak mempunyai wang.

Warga emas berkenaan turut mempersoalkan mengapa dia tidak mendapat sebarang surat bersara dan sehingga kini dia masih belum menerima apa-apa panggilan untuk berbincang mengenai perkara itu.

Asniati berharap, perkara ini dapat diselesaikan tanpa melibatkan wang peribadi.

Sementara itu, Ketua Pelantikan dan Data ASN di BKD Muaro Jambi, Rini Herawati berkata, Asniati telah didaftarkan sebagai pesara sejak 2022. Namun, dia hanya mengusulkan persaraannya pada Ogos 2023.

BKD juga kerap menyebarkan maklumat mengenai pesaraan secara aktif setiap tahun dan juga berkomunikasi dengan pihak berkaitan sejak awal Februari bagi mengelak timbulnya masalah yang tidak diingi.

The post Pesara guru diperintah bayar balik gaji RM21.6K sebab terlebih kerja 2 tahun dari umur pencen appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar