-->

Pelawa datang ke rumah untuk berbual, tetapi tak sangka kena liwat

Seorang pemuda mengalami detik hitam apabila ajakan berbual di rumah kenalan yang baharu dikenalinya berubah menjadi tragedi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga asing berusia 25 tahun pada jam 9.57 malam Jumaat lalu.

Menurut laporan itu, kejadian berlaku di sebuah kondominium di Petaling Jaya pada hari Khamis. Mangsa mendakwa dia telah diliwat oleh lelaki tempatan yang baru dikenalinya sejak Mac lalu, di gimnasium kondominium, tempat tinggal suspek.

Difahamkan, pada jam 5 petang Khamis, suspek berjumpa dengan mangsa di koridor kondominium. Suspek kemudian mengajak mangsa ke rumahnya untuk berbual-bual.

Namun, apabila sampai di rumah, suspek bertindak membuka pakaian mangsa dan menyentuh tubuh badan serta kemaluan mangsa.

Mangsa bagaimanapun tidak menjerit kerana tidak mahu jiran di sekitar mendengar atau melihat kejadian yang memalukannya itu.

Setelah insiden itu, mangsa telah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pemeriksaan menunjukkan terdapat kesan koyakan pada duburnya.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

The post Pelawa datang ke rumah untuk berbual, tetapi tak sangka kena liwat appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar