-->

Pelakon tumbuk mata, badan teman wanita

Pada awal pagi semalam, seorang wanita menjadi mangsa keganasan apabila dibelasah oleh teman lelakinya yang juga seorang pelakon di Ara Damansara.

Mangsa kemudian membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail mengesahkan pihaknya ada menerima laporan tersebut yang dibuat di Balai Polis Sea Park.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku pada jam 3 pagi, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum menerima panggilan dari suspek.

Mangsa kemudian keluar bertemu dengan suspek pada jam 4 pagi di Ara Damansara. Mangsa masuk ke dalam kenderaan suspek dan berlaku perselisihan faham di antara mereka.

Suspek berusia 37 tahun dikatakan secara tiba-tiba memarahi mangsa, lalu menumbuk mata sebelah kiri dan badan mangsa.

Polis kini sedang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

The post Pelakon tumbuk mata, badan teman wanita appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar