-->

‘Minta isteri jangan order barang’

Ketika ini, hampir kesemua isi rumah menggunakan perkhidmatan pembelian dalam talian. Selain daripada harga murah yang ditawarkan, secara tidak langsung juga menjimatkan masa dan tenaga pembeli. Pembayaran pula boleh dibuat melalui bayaran tunai semasa penghantaran atau menerusi bayaran dalam talian perbankan.

Apabila ramai yang menggunakan perkhidmatan pembelian dalam talian ini, pelbagai gelagat pelanggan dapat dilihat oleh penghantar dari mana-mana syarikat penghantaran.

Ada yang memberikan maklum balas positif dengan penghantaran barangan mereka dan ada juga yang bertindak sebaliknya.

Satu tangkap layar mesej perbualan tular antara suami seorang pembeli dan juga penghantar kurier J&T. Dalam mesej berkenaan, suami wanita tersebut meminta penghantar J&T supaya menghantar barangan yang dibeli ketika dia ada di rumah.

“J&T dengar sini, lepas ni kalua nak hantar barang, pastikan masa tu aku ada, sebab nanti akan mengundang fitnah.

“Aku dah cakap dengan isteri aku. Aku tak izinkan sesiapa yang hantar barang kalau aku tak ada. Jadi kalau nak hantar lepas ni, pastikan aku ada sebab aku suami dia,” tulisnya.

Bagaimanapun, penghantar berkenaan bengang dengan tindakan lelaki tersebut. Katanya, kalau tidak mahu barang dihantar ke rumah, sepatutnya minta isterinya jangan memesan barang lagi di J&T.

Netizen pula turut persoalkan tindakan individu berkenaan yang dilihat bersikap cemburu, sedangkan barang dihantar di luar pagar melainkan barangan yang dipesan perlu dibayar secara tunai.

Sumber: Maimunah Store

The post ‘Minta isteri jangan order barang’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar