-->

‘Mansor Puteh menderma darah sebanyak 631 kali’

Pemergian pengarah dan pengkritik filem, Mansor Puteh disifatkan sebagai satu kehilangan yang cukup besar dalam industri.

Allahyarham Mansor Puteh terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Alam Damai, Cheras pada Ahad lalu.

Menerusi satu laporan, akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam pada itu, Pusat Darah Negara dalam satu hantaran berkongsikan Allahyarham merupakan seorang bekas penderma darah yang telah menderam sebanyak 631 kali sepanjang hayatnya.

“Pusat Darah Negara mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mansor bin Puteh yang telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Julai 2024.

“Allahyarham merupakan seorang bekas penderma darah dan telah menderma darah sebanyak 631 kali sepanjang hayatnya.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” tulisnya.

Sumber: Sinar Harian, Pusat Darah Negara

The post ‘Mansor Puteh menderma darah sebanyak 631 kali’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar