-->

Mamat mengaku bersalah mengambil & memiliki dadah, didenda RM5,000

Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini telah menjatuhkan hukuman denda terhadap vokalis kumpulan Exists, Mamat, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengambil dadah pada tahun 2019.

Mamat atau nama sebenar, Mohd Ali Kamarudin, mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh dijatuhi hukuman denda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen.

Hakim Fatimah Zahari turut memerintahkan tertuduh menjalani dua tahun pengawasan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bentong, Pahang, untuk rawatan dan pemulihan.

Sementara itu, Mahkamah Majistret juga memutuskan hukuman denda RM1,000 terhadap Mamat atas pertuduhan memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.17 gram.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Bariah Jalil, manakala Mamat diwakili oleh peguam bela, Azlina Abdul Aziz.

Mamat dilaporkan telah memilih untuk membayar kedua-dua denda tersebut.

Sumber: Harian Metro (Omar Ahmad)

The post Mamat mengaku bersalah mengambil & memiliki dadah, didenda RM5,000 appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar