-->

Makan durian berlebihan boleh jadi gemuk?

Musim Raja Buah kembali lagi! Dimana-mana sahaja pastinya kelihatan beberapa gerai menjual pelbagai jenis gred durian. Rasanya yang lemak manis membuatkan sesiapa sahaja pasti terpikat.

Namun begitu, dalam kita menikmati kelazatan buah durian, ada hadnya juga. Bimbang risiko penyakit lain pula mengundang.

Seperti perkongsian daripada seorang pegawai perubatan, individu perlu makan dengan kuantiti yang sederhana iaitu dua ulas kecil untuk setiap hidangan.

Walaupun terdapat beberapa manfaat khasiat durian, namun mengundang mudarat jika berlebihan.

“Antara mudarat jika diambil berlebihan akan menyebabkan tinggi kalori. Kalori yang tinggi akan menyebabkan kegemukan.

“Durian juga mengandungi kandungan gula tinggi yang mengundang bahaya kepada pesakit kencing manis dan buah pinggang terutamanya,” katanya.

Selain itu juga, individu yang mempunyai masalah gastrik akan menyebabkan perut berasa kurang selesa dan keradangan perut.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan makan durian berlebihan juga akan membuatkan badan menjadi panas disebabkan oleh tindakbalas Kimia dan proses metabolism semasa proses penghadaman yang membuatkan badan menjadi panas dan tidak selesa.

Sumber: Dr Samhan

The post Makan durian berlebihan boleh jadi gemuk? appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar