-->

Kes rampasan petrol bersubsidi RON95 meningkat

Terdapat peningkatan kes rampasan petrol bersubsidi RON95 selepas 20 hari pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebanyak 46 kes telah membabitkan 14,011 liter petrol RON95 yang diseleweng.

Sebelum pelaksanaan langkah rasionalisasi subsidi diesel, jumlah kes rampasan adalah 37 dengan jumlah petrol 17,064 liter.

Selain itu, jumlah individu yang ditahan juga meningkat daripada 10 kepada 17 orang dalam tempoh yang sama. Namun, selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, jumlah kes yang melibatkan penyelewengan subsidi diesel menunjukkan penurunan signifikan.

Armizan turut menyatakan bahawa terdapat penurunan rampasan diesel sebanyak 87 peratus selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. Di mana pada tempoh 20 hari sebelum penyasaran, sebanyak 65 kes membabitkan 520,803 liter rampasan diesel dilakukan pihaknya.

20 hari selepas penyasaran dilakukan, hanya 14 kes dengan 68,457 liter dirampas.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memperhebatkan tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan serta bersubsidi, terutamanya minyak diesel dan petrol RON95 di seluruh negara.

The post Kes rampasan petrol bersubsidi RON95 meningkat appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar