-->

‘Hentikan normalisasi pemasaran murahan’

Baru-baru ini tular mengenai kritikan netizen terhadap iklan yang dibuat oleh syarikat seorang usahawan dan selebriti terkenal.

Iklan berkenaan dilihat secara terang-terangan menggambarkan imej berbentuk luc*h dan secara tidak langsung juga telah merendahkan martabat wanita.

Atas penularan isu berkenaan juga, syarikat berkenaan memohon maaf atas kekhilafan yang dilakukan.

Untuk kesedaran umum juga, sebuah portal terkenal meminta agar dihentikan segala promosi atau iklan yang dianggap sebagai satu pemasaran murah.

“Iklan menggambarkan wanita sebagai objek semata-mata atau menggunakan bahasa dan imej yang tidak sesuai boleh memberi kesan buruk kepada pandangan umum terhadap wanita.

“Ini bukan sahaja merendahkan martabat wanita, tetapi juga menanamkan dakwaan palsu yang boleh menakutkan mereka,” katanya.

Mengundang kesan negatif

Selain daripada itu katanya, iklan berkenaan juga boleh mengundang rasa kesan negatif terhadap diri sendiri.

“Imej-imej yang digunakan dalam iklan ini boleh memberi kesan negatif kepada persepsi diri wanita. Mereka mungkin merasa tertekan untuk memenuhi standard yang tidak realistik yang dipaparkan dalam iklan,” tulis hantaran tersebut.

Sebelum ini, satu jenama produk tuala Wanita Libresse telah menghasilkan satu kempen ‘V Kebaya’ dan ‘Know Your V’. Bagaimanapun, jenama itu kemudiannya menarik balik iklan mereka selepas Majlis Wanita Islam Yadim (Maya) yang mendesak mereka untuk bertindak demikian.

Susulan itu juga, sesebuah syarikat perniagaan dinasihatkan mengambil tanggungjawab dengan menetapkan garis panduan pemasaran yang ketat. Kandungan iklan perlu disemak dengan teliti untuk memastikan ia tidak merendahkan atau menghina mana-mana individu, terutamanya wanita

Sumber: Public Health Malaysia

The post ‘Hentikan normalisasi pemasaran murahan’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar