-->

‘Diorang suruh keluarkan kereta, sebab dah lama parking sini’ – 2 jiran bergaduh mulut, berebut parking depan rumah

Orang seringkali menyangka masalah parkir hanya berlaku di kediaman flat, tetapi sebenarnya mereka yang tinggal di rumah teres juga menghadapi masalah yang sama.

Semalam, tular satu video memaparkan dua jiran bertengkar hanya kerana berebut tempat meletak kenderaan di luar rumah.

Menurut TikToker Wan Amir, dia diminta oleh jirannya untuk mengeluarkan keretanya, Perodua Axia, untuk parkir di tempat lain kerana Wan Amir telah ‘menceroboh’ tempat letak keretanya miliknya. Tambahan, mereka sudah lama meletakkan kereta di situ.

@wannlemahh

dia suruh saya kluarkan kereta saya (axia) dan parking di tempat lain… katanya itu tempat parking dia. kemudian setelah bergaduh mulut, mereka tknk mengalah.. terus bwk kluar kereta saga dlm pagar untuk blok kereta saya.. polis datang pun tak jalan jugak.. minta tolong guys, ada cara lain tak? 🙏🏻😔 #fyp #viral #copparking

♬ original sound – wan_amir – wan_amir

Tetapi Wan Amir menegaskan tempat itu bukan milik sesiapa.

“Saya dah dapat parking dulu. Kemudian mereka baru sampai dan suruh kami keluarkan kereta saya sebab mereka nak parking kereta di sini. Katanya mereka sudah lama parkir di sini. Sedangkan kawasan ini parking bebas, siapa cepat dialah yang dapat dulu.”

Keadaan menjadi semakin tegang apabila jirannya bertindak meletakkan kereta Proton Saga di hadapan kereta Wan Amir yang menyebabkan pengadu terpaksa menghubungi polis untuk datang membantu. Malangnya, masalah tersebut masih tidak dapat diselesaikan.

@wannlemahh

Replying to @Chitra Maayi Pembetulan: (itu rumah ayah saya).. rumah ayah saya betul ii dekat corner lot simpang tiga tu.. knp dia tak park je depan pagar rumah dia sendiri ? seboleh-boleh suruh saya kluar dari situ

♬ original sound – wan_amir – wan_amir

“Rumah ayah saya betul-betul dekat corner lot simpang tiga tu. Kenapa dia tak park saja depan pagar rumah dia sendiri? Seboleh-bolehnya dia suruh saya keluar dari situ,” katanya.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang turut mempersoalkan mengapa jirannya tidak meletakkan kenderaan di depan rumahnya sendiri dan sanggup memperbesarkan hal yang remeh itu.

‘Call majlis untuk tarik’

‘Owner rumah corner lot je faham’

‘Parking awam, siapa cepat dia dapat’

‘Dua-dua salah, tepi jalan tak boleh park’

The post ‘Diorang suruh keluarkan kereta, sebab dah lama parking sini’ – 2 jiran bergaduh mulut, berebut parking depan rumah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar