-->

Bapa Baby Syifaa ditahan polis

Bapa kepada Baby Syifaa yang meninggal dunia di pusat asuhan pada 2022, ditahan polis pada Selasa, berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki terbabit ditahan pada 2.45 petang di Kuala Lumpur oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, lelaki terbabit yang juga merupakan seorang aktivis memperjuangkan kes penganiayaan didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai disalurkan kepada akaun syarikat yang ditubuhkannya, YY Community Center.

Individu yang dikenali sebagai Wan Chai sebelum ini turut mempersoalkan kutipan kos duit guaman kes adik Dea Maisarah yang berjumlah Rm53,065.

Bekas peguam pemerhati keluarga Baby Syifaa, Hafiz Norkhan juga menafikan wang itu digunakan untuk memulakan kerja bagi mewakili kes.

Menurut Hafiz, beliau tidak mengetahui namanya digunakan dan hanya maklum mengenainya selepas diberitahu oleh mangsa dan pengadu lain sebelum membuat laporan polis berkenaan isu itu.

Sumber: Harian Metro

The post Bapa Baby Syifaa ditahan polis appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar