-->

2 beradik kritikal, termakan keropok mengandungi racun untuk perangkap monyet

Dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun, dilaporkan kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, kejadian yang tidak diingini itu berlaku di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, semalam. Polis percaya dua beradik berkenaan dipercayai mengambil paket keropok yang tergantung di dawai besi pagar kebun.

Mereka kemudian membuka dan makan ‘makanan ringan’ tersebut tanya menyedari keropok itu mengandungi racun yang digunakan untuk memerangkap monyet.

Ibu mangsa menyedari anak-anak muntah, lalu segera dibawa ke Klinik Kesihatan Malau dan dirujuk ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

“Ibu mangsa melihat anak-anaknya muntah dan mulut mereka berbuih di rumah pada jam 11 pagi,” katanya.

Pegawai perubatan di Hospital Kulim memaklumkan keadaan dua beradik terbabit berada dalam keadaan kritikal dan telah dihantar ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 berkaitan pengabaian kanak-kanak dan Seksyen 248 Kanun Keseksaan.

Pemilik kebun yang juga jiran mangsa juga akan diambil keterangan untuk membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian

The post 2 beradik kritikal, termakan keropok mengandungi racun untuk perangkap monyet appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar