-->

‘Tidak wajar apa yang saya miliki hari ini dinilai dari kempen sedekah yang dibuka’ – Aisyah Hijanah tepis 3 dakwaan

Satu hantaran tular mendakwa pasangan suami isteri yang juga merupakan pempengaruh media sosial didakwa telah menyeleweng dana bagi kepentingan peribadi.

Dalam hantaran berkenaan juga pasangan berkenaan didakwa sengaja mencipta kontroversi dengan kisah perkahwinan kedua Alif Teega selain menyentuh isu pekerja, pembekal tudung dan lain-lain lagi.

Menepis dakwaan itu, Aisyah Hijanah yang ketika ini berada di Mekah menjawab tuduhan yang dilemparkan. Dalam hantaran berkenaan juga, Aisyah mengemukakan bukti-bukti dokumen atas tuduhan tersebut.

“Fitnah atau tuduhan yang telah diberikan tentang pernikahan suami dengan wanita lain adalah content untuk meraih simpati dan publisiti adalah tidak benar. Mungkin orang melihat saya tenang sahaja dan tidak percaya apa yang berlaku.

“Pernikahan tu adalah benar dan saya dan peguam telah mendapatkan perintah mahkamah atas penukaran harta sepencarian 100% pada dua bulan lepas. Dan harta sepencarian hanya boleh dibahaskan di mahkamah atas tiga sebab (poligami,cerai dan meninggal).

“Saya tidak menggunakan isu poligami untuk meraih simpati,” katanya.

Berkenaan isu pekerja diberhentikan pula, Aisyah juga menafikan dakwaan itu. Sebaliknya, Aisyah menyatakan pekerja dibuang atas isu dalaman pekerja itu sendiri dan bukanlah soal audit seperti didakwa.

Menjawab tuduhan isu pembekal tudung Hijannah pula, Aisyah menegaskan pembekal yang berurusan dengannya bukan di Malaysia sahaja bahkan dari luar negara. Dan syarikat berkenaan bukan hanya tertumpu pada pengeluaran tudung, tetapi mempunyai produk-produk lain seperti buku, event dan sebagainya.

Dalam pada itu, Aisyah turut mengulas tuduhan mengenai kutipan derma bagi tujuan kepentingan peribadi. Katanya, setiap kutipan yang dilakukan mempunyai resit yang sah dan ada hantaran rakaman video di media sosial.

“Syarikat saya mempunyai audit yang jelas yang kami lakukan setiap tahun,” katanya.

Susulan dengan tuduhan dan fitnah yang dikeluarkan, Aisyah berkata dia telah memaklumkan kepada peguamnya untuk tindakan seterusnya.

Sumber: PW Community, Aisyah Hijanah

The post ‘Tidak wajar apa yang saya miliki hari ini dinilai dari kempen sedekah yang dibuka’ – Aisyah Hijanah tepis 3 dakwaan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar