-->

Terlepas penerbangan, wanita saman bekas kekasih sebab tidak menghantarnya ke airport

Seorang wanita New Zealand nekad mengheret bekas teman lelakinya ke mahkamah kerana gagal menghantarnya ke lapangan terbang seperti yang dijanjikan, sehingga menyebabkan dia terlepas penerbangan dan menanggung kos tambahan.

Menurut dokumen undang-undang yang dikeluarkan oleh Tribunal Pertikaian New Zealand, wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai ‘CL’ telah meminta bekas teman lelaki menghantarnya ke lapangan terbang, sebelum menghadiri konsert bersama beberapa rakan.

Janji lisan

Lelaki itu yang dikenali sebagai ‘HG’ juga bersetuju untuk tinggal di rumah CL dan menjaga anjing-anjing peliharaannya ketika dia pergi.

Namun, HG gagal melakukan semua perkara yang telah disepakati secara lisan, yang menyebabkannya CL terlepas penerbangan dan menanggung kos tambahan seperti mendapatkan pengangkutan ke lapangan terbang serta membayar pusat penjagaan haiwan untuk anjing peliharaannya.

CL kemudian membuat aduan kepada Tribunal dengan harapan dapat menuntut ganti rugi daripada bekas teman lelakinya itu.

Tuntutan ditolak

Difahamkan, pada pagi hari penerbangannya, HG sepatutnya menjemput CL di antara jam 10:00 dan 10:15 pagi. Tetapi HG tidak muncul dan tidak menjawab panggilan telefon.

Walaupun CL terlepas penerbangan, tetapi percutiannya berjaya diselamatkan.Selepas bercuti, CL mengambil keputusan untuk menuntut ganti rugi daripada HG melalui Tribunal Pertikaian.

CL memberitahu Tribunal bahawa, HG telah melanggar ‘kontrak lisan’ dengannya. Bagaimanapun, Tribunal Pertikaian menolak tuntutan CL dan memutuskan H tidak mempunyai kewajipan undang-undang untuk memenuhi janjinya.

Sumber: Oddity Central

The post Terlepas penerbangan, wanita saman bekas kekasih sebab tidak menghantarnya ke airport appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar