-->

‘Sofa patah sikit, dia nak aku ganti sofa baru?!’ – Customer terkejut, owner kedai terus report polis

Pelanggan selalu diingatkan untuk berhati-hati ketika berada dalam kedai, terutamanya apabila berurusan dengan barangan. Jika apa-apa barangan rosak disebabkan oleh pelanggan, mereka biasanya dikehendaki membayar ganti rugi.

Namun, ada satu kes yang menarik perhatian di media sosial. Pemilik kedai pakaian didakwa cuba mengambil kesempatan terhadap pelanggan.

Baru duduk sikit, dah patah

Beberapa hari lalu, seorang TikToker, Syakir Belon, mendedahkan dia hampir disaman hanya kerana sofa yang disediakan untuk kegunaan pelanggan, patah apabila diduduk.

Menurut Syakir, dia pada awalnya datang ke kedai pakaian itu bersama rakannya di iCity Shah Alam. Sementara menunggu rakannya membuat pembayaran, Syakir duduk di satu sofa yang disediakan khas untuk pelanggan dan tidak semena-mena kaki kerusi patah menyebabkan Syakir terjatuh.

“Aku baru je duduk sikit dan tak duduk habis lagi, kerusi itu patah dan aku pun terjatuh. Selepas insiden itu, auntie itu langsung tak tanya aku okay atau tidak. Sebaliknya dia kata kerusi dia dah patah dan aku kena ganti.

“Aku macam terkejut dan keliru ketika itu. Dia suruh aku beli sofa baru terus dan aku macam nak mengiyakan saja. Tetapi kawan aku bangkang. Kemudian dia call pengawal keselamatan mall, tetapi tidak dilayan dan dia terus call talian kecemasan 999,” katanya.

Pemilik bertegas nak ganti rugi sofa baru

Pada video penjelasan kedua, Syakir menunjukkan video keadaan kaki sofa tersebut yang jelas bukan kaki yang asal. Sebaliknya telah ditukar dengan kayu biasa (lebar saiz dua jari) dan rapuh bagi memboleh kerusi itu digunakan oleh pelanggan.

“Kawan aku pun cakap, kalau dia yang duduk pun sofa itu boleh patah. Lepas itu auntie kata, ‘Sofa itu kalau budak main lompat-lompat pun takkan patah. You (Syakir) ni berat sangat’, aku terkejut giler,” katanya.

Syakir kemudian menawarkan diri untuk membaiki kerosakkan tersebut. Malangnya, pemilik kedai tidak bersetuju dan menegaskan Syakir perlu mengggantikannya dengan sofa baru.

Buat laporan polis

Kedua-dua pihak kemudian pergi ke balai untuk membuat laporan polis. Namun, polis menjelaskan kejadian itu bukan kes jenayah. Namun begitu, pemilik kedai membantah dan baginya itu adalah kes jenayah merosakkan harta benda di premisnya.

Anggota polis sekali lagi menjelaskan, kerusi itu disediakan untuk kegunaan orang awam duduk dan sebagai pemilik premis, dia tidak mempunyai hak untuk membuat laporan terhadap pelanggan. Sebaliknya, pelanggan yang boleh membuat laporan polis atau saman terhadap pemilik yang menyediakan tempat duduk yang tidak selamat untuk pelanggan.

Masih tidak berpuas hati, kedua-dua pihak kemudian pergi ke balai polis kedua untuk membuat laporan. Dan sekali lagi polis menjelaskan perkara itu tidak dapat diambil tindakan. Mendengar penjelasan itu, pemilik pula mendakwa polis bersikap berat sebelah.

Ketegangan itu membuatkan beberapa anggota lain datang menenangkan pemilik kedai berkenaan yang mengamuk di balai. Polis menasihatkan sekiranya dia masih tidak berpuas hati, kes tersebut boleh dibawa ke mahkamah. Namun, belum tentu kemenangan akan berpihak kepadanya kerana Syakir adalah pelanggan dan bukan sengaja merosakkan sofa tersebut.

Bengang dengan penjelasan itu, pemilik kedai terus beredar dari balai. Manakala Syakir membuat laporan seterusnya kerana bimbang dengan keselamatan dirinya sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini di luar.

“Aku faham itu salah aku. Tapi kita tak boleh biarkan orang mengambil kesempatan terhadap kita. Takkan disebabkan patah sikit, dia terus suruh aku ganti satu sofa yang baru,” ujarnya.

Dalam masa sama, Syakir menafikan video pendedahannya itu adalah marketing kerana dia tidak pernah menyebut nama kedai tersebut. Syakir juga kesal dengan tindakan beberapa individu yang menghina fizikalnya. Namun, dia mengambil keputusan untuk memaafkan sahaja mereka yang berkemungkinan tidak faham dengan situasi sebenar atau mungkin mereka yang mengkritik fizikalnya itu, terlalu sempurna.

The post ‘Sofa patah sikit, dia nak aku ganti sofa baru?!’ – Customer terkejut, owner kedai terus report polis appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar