-->

‘Satu fitnah yang menjijikkan’ – Hafidz Roshdi nafi culas bayar nafkah anak

Pelakon Hafidz Roshdi tampil menafikan dakwaan culas membayar nafkah anak-anak seperti yang didakwa oleh bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Menerusi kenyataan di Instagram, Hafidz menjelaskan tindakan Shuhada bukan sahaja fitnah yang menjijikkan, malah telah mengganggu perjalanan kariernya dalam industri.

“Selama ini saya memilih untuk berdiam diri. Tapi bila perkara ini dah mengganggu kerja saya, saya pilih untuk mempertahankan hak saya demi menjaga nafkah anak-anak saya.

“Statement menyatakan saya culas dan tidak membayar nafkah wajib ke atas anak-anak saya adalah satu fitnah yang menjijikkan dan pelaku harus malu dengan penipuan (tersebut).

“Saya mempunyai keseluruhan bukti transaksi untuk bayaran nafkah anak yang sedia untuk digunakan dalam tindakan susulan.

“Dengan ini saya dengan jelas ingin menyatakan saya sudah dan masih membayar nafkah serta akan terus berusaha menambah nafkah wajib anak-anak tanpa culas dan elak dari tertunggak,” katanya.

Hafidz turut menunjukkan bukti gambar transaksi online pembayaran nafkah anak-anaknya sejak dari Mac 2023 hingga kini. Namun, amaun pembayaran tidak dikongsikan kepada umum.

The post ‘Satu fitnah yang menjijikkan’ – Hafidz Roshdi nafi culas bayar nafkah anak appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar