-->

‘Rider peru hantar sampai ke pintu rumah’ – Grab nafi door to door service dihentikan

Seorang pengguna platform X baru-baru ini mendedahkan pengalamannya yang kurang menyenangkan mengenai sikap tidak bertanggungjawab seorang penghantar makanan.

Menurut Keem, penghantar makanan tersebut memberi alasan bahawa khidmat penghantaran makanan ‘door to door’ untuk rumah tingkat tidak lagi disediakan kerana kadar upah yang semakin rendah.

Dia kemudian menyarankan Keem untuk menunggu di lobi atau bungkusan makanannya akan ditinggalkan di peti surat atau lobi.

“Untuk makluman, tiada lagi penghantaran ‘door to door’ untuk rumah tingkat atas faktor fare yang semakin rendah.

“Boleh tunggu di lobi atau saya akan tinggal sahaja di mailbox atau lobby,” mesej dari penghantar makanan.

Keem terus menghubungi pihak Grab untuk mengesahkan ‘polisi baru’ itu. Wakil dari Grab, Betty, memaklumkan penghantar makanan berkenaan tidak seharusnya berkata sedemikian.

Foto: Keem

“Tidak seharusnya rider maklumkan sedemikian kerana delivery charge yang mereka peroleh adalah 100 peratus untuk mereka.

“Dan delivery di Grab adalah door to door service di mana rider perlu hantar (makanan) sehingga ke muka pintu. Melainkan pihak pengurusan bangunan tidak benarkan,” katanya.

Dengan penjelasan itu, jelaslah bahawa semua penghantar makanan yang berdaftar di bawah Grab seharusnya menghantar bungkusan makanan ke depan pintu rumah pelanggan.

Para pengguna juga boleh menjadikan kes ini sebagai contoh sekiranya ada penghantar makanan yang masih enggan berbuat demikian.

The post ‘Rider peru hantar sampai ke pintu rumah’ – Grab nafi door to door service dihentikan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar