-->

Penjawat Awam yang melaporkan rasuah akan diberikan ganjaran wang – Azam Baki

Dalam usaha memperkukuhkan langkah memerangi rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan cadangan ganjaran kewangan bagi penjawat awam yang melaporkan kes rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menegaskan inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai individu menjadi pemberi maklumat yang berkesan.

Pemberi maklumat akan diberi ganjaran setimpal dengan nilai suapan yang mereka tolak. Ini merupakan langkah proaktif kerajaan dalam memastikan integriti dan kebertanggungjawaban dalam sektor awam.

“Ia ringgit untuk ringgit, jika anda ditawarkan RM100, kerajaan akan beri anda RM100. Jika anda ditawarkan RM1 juta, kerajaan akan kembalikan RM1 juta kepada anda,” katanya.

Melalui dasar sedia ada,, seramai 514 penjawat awam telah diberikan ganjaran melebihi RM1 juta kerana berani tampil dan melaporkan kes rasuah. Keberhasilan dasar ini telah membuka jalan kepada cadangan untuk memperluas skema ganjaran kepada masyarakat umum di bawah Strategi Pencegahan Rasuah Kebangsaan 2024-2028.

Namun, pelaksanaan penuh cadangan ini masih bergantung kepada pembaharuan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan penetapan prosedur khusus oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri.

Tan Sri Azam Baki juga menekankan, SPRM akan memberikan komitmen untuk menjaga kerahsiaan pemberi maklumat dan memberikan sokongan sepenuhnya dalam usaha bersama membanteras gejala rasuah yang merugikan negara.

Sumber: Harian Metro

The post Penjawat Awam yang melaporkan rasuah akan diberikan ganjaran wang – Azam Baki appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar