-->

‘Menyesal beli superbike, sekarang gaji aku tinggal RM50’ – Pengadu

Menerima gaji bulanan yang lumayan bukanlah lampu hijau untuk berbelanja tanpa had. Seorang lelaki berusia 26 tahun yang enggan mendedahkan identitinya, mengaku menyesal membeli motosikal berkuasa tinggi dengan gaji bulanannya hanya tinggal RM50.

“Penyesalan. Betullah orang kata, superbike ini lebih kepada hobi orang kaya, bukan keperluan. Gaji aku baru RM6,000, beli BMW S 1000 RR (RM129K) tahun lepas.

“Sekarang, tengah bulan, selepas renew roadtax dan servis, duit makan pun hanya tinggal RM50. Aku tak tahu boleh bertahan hingga hujung bulan ini atau tak,” katanya.

Di media sosial, ramai netizen terkejut dengan ‘nafsu’ pengadu yang mengidam motosikal mahal tanpa mengambil kira keadaan kewangan sendiri.

“Gila bang, baru umur 26. Bukan gaji tu tak cukup, motor pun terlalu mahal untuk gaji abang. Kalau abang masuk circle geng-geng motor besar ni, diorang mostly ada business, tak makan gaji,” kata Adhi.

“Kau tak beragak ambil BMW ye pun. Pakailah ZX6R dan R6. Pakai 1,000 dan BMW pula. Model paling latest pulaktu. Memang keringlah kau. Nak beli boleh, nak jaga tu nokharam habis duit,” kata Fizz.

“Inilah masalah anak muda. Ramai yang silap langkah macam ni sebab tak nampak hidden cost monthly. Inilah antara punca ramai anak muda bankrap. Kau jual sajalah moto tu,” kata Dedi.

Semoga menjadi pengajaran bagi generasi muda agar lebih bijak dalam menguruskan kewangan dan memahami tanggungjawab sebelum membuat keputusan besar seperti membeli motosikal mahal.

The post ‘Menyesal beli superbike, sekarang gaji aku tinggal RM50’ – Pengadu appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar