-->

‘Media sebarkan status HIV dia kenapa?’ – Pendedahan status kesihatan Miza Ozawa timbulkan perdebatan

Pendedahan status kesihatan Miza Ozawa yang terlibat dalam aktiviti persundalan sehingga menyebabkan dirinya menghidap penyakit HIV, telah mencetuskan perdebatan di kalangan pengguna media sosial.

Ada beberapa pihak berpendapat, perkara tersebut tidak sepatutnya didedahkan kepada orang awam, lebih-lebih lagi Miza Ozawa kini hamil enam bulan.

Menurut seorang wanita yang dikenali sebagai Rania berkata, individu yang menghidapi penyakit HIV seringkali menghadapi diskriminasi dalam kehidupan seharian.

Walaupun Miza Ozawa telah disabitkan dengan kesalahan terkait aktiviti persundalan, status HIVnya sepatutnya tidak diberikan perhatian yang berlebihan.

“Majoriti masih rasa jijik dengan mereka yang hidup dengan HIV. Walaupun dia disabitkan dengan kesalah sebegitu, tak sepatutnya status HIV dia diletakkan di bawah ‘spotlight’ (perhatian).

“Apa tanggapan masyarakat kepadanya dan anak yang bakal dilahirkan olehnya akan menanggung beban malu yang tidak berpenghujung,” katanya.

Namun, terdapat juga pandangan berbeza. Hazy berkata, Tindakan media membuat laporan mengenai status kesihatan Miza Ozawa adalah tidak beretika.

“Individu (dark side) kena tangkap siap media sebarkan status HIV dia kenapa? Dia hamil itu bolehlah sebab perut dah besar tak boleh sorok.

“Status HIV itu, maklumat kesihatan ini sensitif. Punyalah ‘unethical media reporting’ (laporan tidak beretika),” katanya

Walau bagaimanapun, tidak kurang juga ada beberapa pihak lain mempertahankan media kerana pendedahan ini penting untuk kesedaran awam. Sekiranya berita sedemikian tidak dilaporkan, lebih ramai lagi lelaki yang mungkin tidak menyedari risiko berjangkit dan membawa pulang penyakit tersebut kepada pasangan mereka.

“Kalau info tak dilaporkan, berapa banyak lelaki dekat luar sana yang ambil servis dia tapi tak tahu dah berjangkit. Kemudian bawa balik ke anak isteri,” kata Agraban.

Sumber: Kosmo! Online

The post ‘Media sebarkan status HIV dia kenapa?’ – Pendedahan status kesihatan Miza Ozawa timbulkan perdebatan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar