-->

Lelaki muda nak dapatkan tatu bunga, tetapi jadi mangsa liwat pula

Hasrat seorang lelaki untuk mendapatkan tatu tidak kesampaian apabila dia menjadi mangsa liwat oleh seorang pelukis tatu di sebuah premis semalam.

Lapor Harian Metro, kejadian yang menggelapkan masa depan itu berlaku pada jam 9.30 malam, ketika mangsa berusia 24 tahun datang ke kedai tersebut untuk melukis tatu di badannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, mangsa datang untuk mendapatkan perkhidmatan membuat tatu. Namun, semasa suspek mula melukis bunga di tangan kanan mangsa, dia menyapu sejenis minyak yang menyebabkan mangsa terus tidak sedar denagn apa yang sedang berlaku.

Setelah tersedar, mangsa mendapati dirinya berada dalam keadaan tidak berpakaian. Dia kemudian terus keluar dari premis dan mengalami kesakitan di bahagian dubur.

Mensyaki dirinya telah diliwat, mangsa bergegas membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Belum ada sebarang tangkapan dibuat dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

The post Lelaki muda nak dapatkan tatu bunga, tetapi jadi mangsa liwat pula appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar