-->

Kerana percayakan bomoh, anak maut & mayat disimpan ibu bapanya dengan harapan akan hidup kembali

Genderuwo dikenali dalam mitos Jawa sebagai entiti ghaib yang sering dikaitkan dengan kejahatan dan gangguan terhadap manusia. Makhluk ini digambarkan sebagai sosok yang besar dan menakutkan dan sering dianggap sebagai lambang kegelapan.

Kes Aisyah, mangsa bomoh palsu

Di Dusun Paponan, Daerah Bejen, Wilayah Temanggung, sebuah tragedi telah berlaku yang meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan bernama Aisyah Latifatul. Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dikenali sebagai anak yang ceria dan ramah. Namun, ibu bapanya merasakan Aisyah nakal kerana disebabkan oleh gangguan makhluk halus, Genderuwo.

Pasangan suami isteri, Marsidi dan Suwartinah, kemudian telah meminta bantuan dari bomoh Hariyono dan Budiono, di mana mereka mendakwa mampu mengusir genderuwo dari tubuh Aisyah dengan upah sebanyak enam juta rupiah (RM1.7K). Namun, upacara pengusiran jin yang dilakukan oleh kedua bomoh tersebut sangat berbahaya dan akhirnya menyebabkan kematian Aisyah.

Aisyah dimandi dan ditenggelamkan sebanyak empat kali di dalam kolah. Setelah upacara tersebut, Aisyah tidak sadarkan diri. Kedua bomoh tersebut kemudian meyakinkan Marsidi dan Suwartinah, Aisyah berada dalam keadaan tidak sadarkan diri, sebahagian dari proses penyembuhan. Aisyah hanya akan bangun setelah ‘genderuwo’ meninggalkan tubuhnya.

Selama empat bulan, Marsidi dan Suwartinah menunggu dengan harapan palsu. Mereka menolak untuk menerima kenyataan bahawa anak mereka telah meninggal dunia. Bahkan ketika tubuh Aisyah mulai membusuk, mereka tetap percaya dengan jaminan yang diberi oleh kedua bomoh tersebut.

Kes ini akhirnya terbongkar apabila ibu saudara Aisyah merasa curiga dan melaporkan perkara itu kepada polis. Empat orang termasuk ibu bapa Aisyah dan dua bomoh ditetapkan sebagai suspek utama dalam kes ini.

The post Kerana percayakan bomoh, anak maut & mayat disimpan ibu bapanya dengan harapan akan hidup kembali appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar