-->

‘Kenapa tak nak tolong bangsa sendiri? Kita Melayu kot?’ – Penyewa PPR tak bayar sewa berbulan-bulan?

Program Perumahan Rakyat (PPR), adalah sebuah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki atau menyewa rumah. Walaupun kadar sewa yang dikenakan adalah rendah berbanding kadar sewa pasaran semasa, masih ada penyewa yang gagal membayar sewa.

Baru-baru ini tular video di media sosial menunjukkan seorang penghuni rumah PPR yang dikenali sebagai Hidayah, tidak berpuas hati dengan kedatangan beberapa pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung kegagalannya membayar sewa.

8 bulan tak bayar sewa?

Menurut sumber, Hidayah sudah lapan bulan tidak membayar sewa rumah berjumlah ratusan ringgit..

@malaysiakantoi

dalam whatsapp group kata akak ni tak bayar sewa PPR 8 bulan. #fyp #madani #dbkl #kualalumpur

♬ original sound – Malaysia Kantoi – Malaysia Kantoi

Dalam video tersebut, Hidayah mempersoalkan kenapa pihak berkuasa tidak membantu bangsa sendiri dan lebih memilih untuk ‘mengacau’ mereka yang sedang menghadapi kesukaran. Dia juga menuduh pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap warga asing yang berniaga di tepi jalan tanpa permit.

“Tak boleh ke nak tolong bangsa sendiri? Kita (sama-sama) Melayu kot? Kenapa tak nak tolong bangsa sendiri? Warga asing yang tengah berniaga di tepi jalan, tanpa permit, tak ada pula nak kacau. Pergilah kacau (serbu).

“Tak payah semaklah (datang) kat sini. Saya tengah susah, suami saya sakit. RM124 pun saya tak ada dalam akaun sekarang,” katanya.

Ada skim bayaran secara ansuran

Namun, dua pegawai DBKL yang hadir cuba menenangkan Hidayah dan meminta dia mendengar terlebih dahulu penjelasan mereka di mana mereka datang untuk membantu dan memberitahu Hidayah tentang skim bayaran secara ansuran yang ada.

“Dengar dulu penjelasan kami Puan Hidayah. Kami datang ke sini nak membantu puan. Puan punya sewa cuma RM124 je sebulan. Kami datang nak beritahu yang kita ada skim (bayaran secara) ansuran puan,” jelas pegawai DBKL.

Walaupun tidak diketahui apa yang berlaku seterusnya, video tersebut telah menarik perhatian ramai netizen yang mempertikaikan tindakan penyewa berkenaan yang gagal membayar sewa.

‘Hutang kena bayar sis’

‘Bukan masalah renovate atau tidak’

‘Penyabarnya pegawai DBKL’

The post ‘Kenapa tak nak tolong bangsa sendiri? Kita Melayu kot?’ – Penyewa PPR tak bayar sewa berbulan-bulan? appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar