-->

‘Jumlah wang tunai terkumpul RM38K & barangan kemas’ – Team syarikat pembersihan dipuji kerana amanah bersihkan rumah peninggalan

Tular satu video yang merakamkan sekumpulan anak muda dari syarikat pembersihan membersihkan sebuah rumah tinggalan milik ibu kepada pelanggan mereka.

Apa yang mengkagumkan, anak-anak muda ini jujur dan bertanggungjawab apabila diamanahkan untuk mengumpulkan sejumlah wang yang ditinggalkan oleh Allahyarhamah ibu pelanggan.

Menerusi video berkenaan, kelihatan mereka mengumpulkan wang tunai yang diselitkan di merata-rata tempat. Bukan sahaja wang tunai dalam bentuk ringgit, malahan wang tunai dari pelbagai negara juga ditemui.

@f.i.8_empire

Kisah mengemasa rumah dan duit. rumah ni rumah arwah ibu owner tinggal dan baru kini ada kekuatan untuk dikemas. owner dah inform rumah ni ada duit yg banyak jadi kami kena selongkar satu persatu barang-barang sebelum buang #fi8kongsi #masukberanda #fi8empire #separuhdariimanitubersihyangpenuhkanimanituibadah #fyp #capcut #pastiusahayakinrezeki

♬ Very Sad – Enchan

Selain wang tunai, beberapa barangan kemas juga ditemui.

Walaupun ada netizen yang mempertikaikan tanggungjawab anak-anak pemilik dalam menguruskan kediaman ibu mereka, namun kata anak muda ini mereka faham dengan perasaan anak-anak pemilik kediaman yang sukar menepis perasaan sedih dengan pemergian ibu tercinta.

“Ada sebab kenapa anak-anak panggil kami untuk kemas rumah mak mereka lagi-lagi yang telah tiada. Jika awak mampu, jadi tahniah,” tulisnya.

Dalam satu hantaran video lain, pemuda ini telah menyerahkan wang sebanyak RM38,000 dan barangan kemas kepada anak pemilik.

@f.i.8_empire

Replying to @shahrulnizam508 ada banyak sebab kenapa anak2 panggil kami untuk kemas rumah mak mereka lagi2 yg telah tiada. jika awak mampu, jadi tahniah #pastiusahayakinrezeki #capcut #fyp #separuhdariimanitubersihyangpenuhkanimanituibadah #pastiusahayakinrezeki #fi8empire #masukberanda #fi8kongsi

♬ Sad and lonely – MoppySound

Sementara itu, netizen memuji dengan tindakan sekumpulan anak muda ini yang jujur dengan amanah yang diberikan.

Sumber: F.i.8 Empire

The post ‘Jumlah wang tunai terkumpul RM38K & barangan kemas’ – Team syarikat pembersihan dipuji kerana amanah bersihkan rumah peninggalan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar