-->

‘Ini Flat T20 ke ni?’ – Rider sukar hantar pesanan, penghuni pasang jeriji di setiap tingkat

Kerjaya sebagai penghantar makanan memang tidak selalu mudah. Selain berurusan dengan pelbagai jenis pelanggan, mereka juga menghadapi cabaran di lokasi penghantaran.

Terkadang, halangan seperti pintu laluan yang dikunci atau kesukaran untuk menghantar pesanan dapat menyebabkan kelewatan dan kesulitan.

Tiga hari lalu, tular video di TikTok di mana seorang penghantar makanan, Amir, menunjukkan situasi di flat Taman Tun Aminah, Johor Bahru.

Menurut Amir, dia menghadapi kesukaran menghantar pesanan kerana laluan di flat tersebut dipasang dengan jeriji berkunci, sekali gus merencatkan usahanya untuk menghantar pesanan. Lebih teruk lagi, pelanggan tidak menjawab pagngilannya.

“Salah satu punca budak delivery lambat hantar pesanan customer lain. Ini flat T20 ke ni?

“Payah betul lah. Flat semua ni, laluannya dikunci. Macam mana nak hantar pesanan? Macam mana aku nak masuk? Aku nak ke sana, masing-masing pergi kunci.

“Adui.. dengan customer pula tak angkat panggilan. Aduh… menyusahkan orang lah flat ni. Masing-masing kunci laluan, buat apa?

“Aku terfikir, macam mana orang yang kerja hantar perabot kalau kena situasi macam ni,” katanya.

Di ruangan komen, ramai yang menasihatkan penghantar makanan meninggalkan saja pesanan itu di tepi pagar jeriji memandangkan situasi sedemikian hanya akan membuang masanya.

Selain itu, ada juga yang menyarankan perkara tersebut dilaporkan kepada majlis agar tindakan tegas dapat diambil terhadap para penghuni flat tersebut yang jelas sekali melanggar undang-undang dan mengabaikan tahap keselamatan sekiranya berlaku bencana yang tidak diingini.

The post ‘Ini Flat T20 ke ni?’ – Rider sukar hantar pesanan, penghuni pasang jeriji di setiap tingkat appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar